5 Perkara Membuatkan Wanita ‘Reject’ Lelaki Untuk Di Jadi Calon Suami

Share

Setiap pasangan pasti mahu kan hubungan yang indah dalam hidup mereka. Namun, kesempurnaan bukanlah kunci utama kerana semua orang tidak sempurna. Jodoh adalah cerminan diri kita sendiri. Oleh sebab itu kita boleh terlalu menilai peribadi seseorang.

Bagi wanita pasti ada yang sudah menetapkan ciri-ciri lelaki idaman mereka untuk dijadikan calon suami. Tetapi, setiap lelaki harus sedar akan perkara yang boleh membuatkan seorang wanita itu fobia dengannya.

Dalam erti kata lain ‘benci’ dengannya. Justeru para lelaki haruslah mengelakkan daripada memiliki perkara seperti dibawah:

Meninggikan suara

Bila berlakunya salah faham antara lelaki dan wanita, meninggikan suara kepada pasangan adalah satu perkara yang perlu bila sedang marah. Terutama bagi lelaki. Sebab itu, kalau sedang marah jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutya. Nanti menyesal.

Mengongkong

Buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh, itu sudah dikategorikan sebagai mengongkong. Hidup wanita itu seolah-olah ada yang tidak kena bila bersama anda. Kalau anda terlalu mengongkong, ini akan membuatkan wanita itu rimas dan tidak suka kepada anda.

Ego

‘Ego’ juga merupakan salah satu masalah yang merimaskan wanita. Oleh kerana ego ini adalah seseorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak fikir mengenai orang lain. Tidak salah jika ada ego dalam diri, namun mestilah bersebab. Jangan disebabkan ego yang terlalu tinggi menyebabkan anda kehilangan insan yang dicintai.

Tidak mahu mengalah

Disebabkan keegoan lelaki tersebut ia membuatkan mereka tidak mahu mengalah dalam setiap perkara. Mereka merasakan setiap pandangan mereka adalah sentiasa betul. Kalau anda tidak mahu mengalah tentang perkara yang betul tidak mengapa, ini perkara yang salah yang anda sendiri lakukan juga tidak mahu mengalah.

Cemburu buta

Antara sifat yang dibenci tidak kira wanita atau lelaki adalah cemburu buta. Isu cemburu buta ini boleh merosakkan hubungan anda dengan sekelip mata. Oleh kerana terlalu cemburu, anda boleh hilang orang yang anda sayang. Jadi berhati-hatilah. Jangan terlalu cemburu sehingga tak kena tempat.

Published by
NanyRahman