Dalam perhubungan, perasaan cemburu merupakan perkara biasa dan ia adalah simbol cinta dan kasih pada pasangan. Namun, cemburu yang keterlaluan boleh merosakkan hubungan sekaligus mungkin boleh membawa kepada kes jenayah. Rasa cemburu sering dikaitkan dengan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali.
Tidak salah untuk cemburu namun jangan berlebihan kerana khuatir pasangan anda tidak boleh menerimanya. Paling penting, kawalan emosi harus stabil dalam mengelakkan anda terjerumus dengan perasaan cemburu buta. Cuba untuk atasi rasa cemburu anda bagi menyelamatkan hubungan yang dibina. Di sini, Pengantin komgsikan 5 perkara utama dan paling penting yang wajib diikuti dalam menangani perasaan cemburu yang membuak-buak!
1. ANALISA
Kenalpasti kenapa anda cemburu. Adakah ada wanita yang cuba menggoda pasangan anda atau adakah pasangan anda menunjukkan sikap yang membuatkan anda curiga? Cuba dapatkan jawapan yang pasti dan jangan bertindak mengikut perasaan.
2. BINA KEYAKINAN DIRI
Anda juga wanita hebat. Bina keyakinan diri anda bagi mengelak anda menjadi seorang yang kuat cemburu. Ambil masa dan kenalpasti betapa istimewanya anda. Ini meningkatkan keyakinan dan dalam masa membuatkan anda lebih menarik apabila berhadapan dengan pasangan anda.
3. BERHENTI BUAT PERBANDINGAN
Wanita suka membuat perbandingan dirinya dengan wanita lain. Inilah yang perlu dielakkan kerana ia mampu membuatkan anda rasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Sebaliknya, anda perlu melihat keistimewaan diri dan berbanggalah dengannya. Gunakan kelebihan diri untuk memperbaiki hubungan dan menambat hati pasangan.
4. CUBA PERCAYA SI DIA
Jangan terlalu bersangka buruk. Letakkan kepercayaan kepada pasangan barulah rasa cemburu itu dapat dihakis. Jangan hanya melihat komitmen si dia terhadap anda, sebaliknya lihat juga betapa pasangan anda terlalu mengambil berat mengenai diri anda. Ini bermakna anda cukup istimewa di hatinya.
5. TUMPUKAN PADA CINTA
Abaikan perkara lain, beri tumpuan hanya untuk memikat dan menambat hati si dia. Abaikan rasa cemburu yang tidak bertempat sebaliknya cari atau lakukan perkara menarik dengan pasangan anda. Cipta momen indah anda dengannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI