Buat bakal pengantin yang ingin membuat kelainan anda boleh lakukan make over diri  dengan mengubah warna rambut. Coloring memang membuat anda kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Namun setiap teknik pewarnaan pasti memberikan kesan buruk pada rambut. Rambut menjadi kering dan pecah-pecah. Maka sebelum memutuskan untuk mewarnai rambut, baca dulu panduan berikut ini:

1. Dapatkan info warna
Sebelum mula mewarnai rambut cari contoh warna rambut yang sesuai dengan kulit anda. Browsing terlebih dahulu foto selebriti yang warna kulitnya sama dengan anda dan lihat warna rambut apa yang sesuai dengan mereka. Dengan begitu anda tidak terkejut dengan hasil.

2. Rawat rambut
Sebulan atau setidaknya seminggu sebelum anda mewarna rambut, rawatlah rambut. Rajinlah menggunakan perapi dan masker rambut. Tapi ingat, sehari sebelum melakukan pewarnaan, sebaiknya anda tidak melakukan perawatan. Ia bagi memudahkan warna masuk dan melekat pada rambut.

3. Lebihkan warna rambut
Jika anda mewarna sendiri, pastikan anda melebihkan warna rambut, apalagi jika rambut anda panjang. Ketika mewarna rambut di salun,  pastikan hair stylist menggunakan warna rambut yang banyak.

4. Uji sama ada  alergi dengan warna digunakan
Sebelum mengaplikasikan warna rambut, cuba produk di belakang telinga. Cara ini untuk menguji apakah kulit anda alergi. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bila tidak terjadi reaksi gatal atau panas, maka anda boleh terus mewarna.

Ads

5. Membeli shampu khas untuk berwarna
Sebelum proses pewarnaan Anda juga perlu menyiapkan produk perawatan rambut setelah pengecatan rambut. Pastikan membeli shampo, kondisioner dan masker rambut khusus rambut diwarnai. Selain menjaga warna rambut agar tetap intens, produk perawatan rambut khusus tersebut dapat merawat rambut setelah proses kimiawi dari pengecatan rambut.

Pewarna rambut telus air

Sering timbul di fikiran apakah pewarna rambut yang digunakan telus air dan boleh dibawa solat. Kini rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air.

Ads

Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was. Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik dan berbau wangi sewaktu penggunaan.

Garnier Color Naturals ini menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi seperti minyak zaitun, avocado dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

Ads

Lihat dan rasakan perbezaan rambut anda dengan pewarna rambut Color Naturals Garnier!  Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Mewarna Rambut

 

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Mewarna Rambut

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI