Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Perlu diingat jangan sesekali membuat persamaan rumah tangga anda dengan orang lain. Lihat 10 petua ini untuk kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika. Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!
Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua
Ads
Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua. Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka. Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.
Tiada rahsia
Ads
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang. Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan. Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..” Kan cari nahas tu..!
Solat bersama
Ads
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus. “Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…” Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu. Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.
Mohon doa ibu bapa & mertua
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.
Sebenarnya fasa bertunang ni ialah fasa berkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan , pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu. Amir Syahir kongsi dugaan bertunang ni sebenarnya terletak pada diri kau sendiri.
Ujian dalam pertunangan ni boleh tahan hebatnya. Sebab tu la orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. Kalau boleh lepas tunang, kahwin cepat-cepat. Sebab nak elakkan perkara yang tak elok berlaku. Aku dengan isteri dulu bertunang dalam 5 bulan. Lepastu kami kahwin.
Kadang-kadang masa bertunang ni tetiba ja ada orang lain yang lebih baik dan bagus daripada tunang kau datang dalam hidup kau. Masa tu memang Allah nak uji kau. Nak tengok sejauh mana keteguhan dan kesetiaan kau.
Dalam keadaan macam tu semuanya terletak pada diri kau. Kalau kau memilih untuk melayan, maka akan terbinalah hubungan yang lain lalu akan ada yang terluka. Kalau kau menepis, Alhamdulillah kau memang hebat.
Jangan permainkan hati orang. Kalau ada orang lain mempermainkan hati adik kau, apa kau rasa? Sebelum nak bertunang, nak melangkah ke satu hubungan yang lebih serius, fikirlah sebaik-baiknya. Mohon petunjuk daripada Allah.
Buat yang tengah bertunang, semoga hubungan pertunangan kalian baik-baik saja. Kalau boleh cepatkanlah pernikahan. Buat yang baru merancang untuk bertunang, semoga perancangan kalian berjalan dalam keadaan yang baik dan lancar.
Selesai kini majlis kahwin yang berlangsung sempurna. Kini tiba masanya anda dan pasangan merehatkan diri berdua setelah penat menguruskan hal perkahwinan. Rancanglah ke mana anda mahu pergi sama ada di dalam negara atau pun luar negara. Bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya. Inilah masanya anda mempunyai masa berdua tanpa sebarang gangguan.
Ini tip bulan madu buat bakal pengantin;
Pastikan anda membuat bajet yang lengkap tentang kos pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan sepanjang berada di sana.
Pastikan tarikh cuti yang diluluskan oleh majikan anda dan pasangan bersesuaian dengan tarikh percutian.
JIka anda memilih bercuti di luar negara, bajet lebih tinggi, manakala di dalam negeri bajet lebih rendah dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya makanan serta cuaca persekitarannya.
Pastikan anda dan pasangan dalam keadaan sihat. Bawa ubat-ubatan yang perlu andai berlaku kecemasan.
Faktor cuaca juga penting, susah jika anda berbulan madu di musim hujan atau cuaca yang berangin. Pilih lokasi yang tepat yang memiliki cuaca sesuai untuk anda dan pasangan.
Pilih tempat yang memiliki suasana santai yang romantis yang sesuai untuk pengantin baru. Bali boleh dipertimbangkan sebagai destinasi bulan madu yang romantis.
Harga tiket kerap menjadi masalah namun bijaklah membeli ketika promosi tiket yang murah. Ia sangat menguntungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Lebih-lebih apabila anda dan pasangan tinggal bersama keluarga. Banyak hati perlu dijaga. Di sini suami/isteri di sana emak dan ayah. Pasti wujud suasana yang kurang senang ketika tinggal bersama.
Usah rasa tertekan dengan masalah yang timbul dan jangan sesekali cepat melatah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Berbincang
Sekiranya terdapat perselisihan faham, cuba duduk semeja dan berbincang. Kenal pasti masalah yang dihadapi dan selesaikan dengan cara yang baik. Jangan cepat menuding jari pada mana-mana pihak. Cuba bersikap adil dan bijak. Pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Lemah Lembut Dalam Percakapan
Perkara paling penting yang anda harus ingat, mesti menjaga percakapan. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap kasar. Sekiranya anda bercakap dalam nada lemah lembut dan sopan, pasti kemarahan di pihak sana akan beransur hilang. Seperti kata pepatah ‘api jangan di simbah dengan minyak’ kalau dibiarkan makin marak.
Bersungguh-Sungguh
Jika masalah yang wujud disebabkan tabiat atau sikap yang tidak menyenangkan, bimbing pasangan anda untuk berubah. Anda juga perlu tanamkan azam dalam diri yang untuk sama berubah bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Bersabar
Mungkin anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menjernihkan keadaan, namun hasilnya masih sama dan tidak berkesan. Jika perkara sebegini masih berlaku, cuba mengalah dan bersikap sabar. Tidak salah anda mengalah, kerana itu bermakna, anda mampu melawan ego kemarahan anda.
Sentiasa Bersama
Bagi pasangan yang baru berkahwin, kebiasaannya pihak wanita yang selalu mengalami masalah dengan keluarga mertua. Sekiranya isteri anda mengalami keadaan seperti itu, jangan rasa tersepit, anda perlu bijak menanganinya. Sentiasalah bersama isteri anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya isteri tidak pandai masak, anda boleh membantunya bersama di dapur.
Luangkan Masa
Sekiranya ini terjadi, cuba luangkan masa bersama keluarga untuk keluar beriadah seperti berkelah di tepi pantai, mandi manda di taman tema air, dan banyak lagi aktiviti. Pasti hubungan kalian akan lebih erat dan bahagia.
Solat Berjemaah
Solat berjemaah sangat penting dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Dengan solat berjemaah, anda dan keluarga bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah rumahtangga lebih diberkati Allah SWT.
Beri Hadiah
Jangan beri hadiah ketika ulang tahun kelahiran saja, anda juga boleh memberi cenderahati pada bila-bila masa. Mungkin ia kedengaran seperti rasuah, namun jika ‘kena’ pada caranya, hadiah tersebut akan bertukar menjadi pemberian paling indah oleh anda. Sekaligus dapat memujuk hati keluarga mertua anda yang dalam kemarahan.
Tip tambahan:
Elakkan berdebat untuk menegakkan kebenaran anda biarpun hakikatnya anda benar. Cuba beralah dan bersikap sabar.
Sekiranya anda dimarahi oleh ibu mertua, cuba berfikiran terbuka dan fikir balik kenapa anda dimarahi. Muhasabah diri kerana ia mungkin berpunca dari anda sendiri.
Jangan bersikap malas semasa bersama keluarga mertua.
INGAT! Anda bersama keluarga suami, bukan keluarga anda yang selalu melayan anda bak puteri raja.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!