Fesyen

5 Pilihan Warna Baju Raya ‘Hot’, Sesuai Pasangan Baru Kahwin Jadikan Tema!

Share

Agaknya apa pilihan warna baju raya anda kali ini ya? Kalau ikutkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke bulan Ramadan.

Bagi pasangan pengantin baru, bukan hanya peluang meningkatkan ibadah sunat dan fardhu bersama-sama malah inilah juga masa yang ditunggu bagi membuat persiapan menyambut lebaran.

Selain perbincangan mengenai ‘raya belah siapa dahulu’, pemilihan tema warna baju raya juga tak kurang dibahaskan menjelang bulan penuh keberkahan ini.

5 Pilihan Warna Baju Raya ‘Hot’

Bagi kaum wanita, pastinya momen menyambut Hari Raya ketika pertama kali bergelar isteri amat penting. Apatah lagi jika tahun ini giliran raya belah mertua.

Jom tengok 5 pilihan warna baju raya yang boleh dijadikan inspirasi untuk pasangan pengantin baru:

1. Hijau Pastel

Hijau pastel merupakan warna yang lembut dan sering dikaitkan dengan nuansa kebahagiaan serta kesegaran. Warna ini sesuai untuk suasana Hari Raya dan menciptakan kesan yang menenangkan serta menyenangkan saat berkunjung ke rumah mertua.

2. Biru Muda

Biru muda adalah pilihan yang ideal untuk menampilkan kesan yang tenang dan elegan. Warna ini boleh memberikan kesan kedamaian dan ketenangan, sesuai untuk pasangan yang ingin menampilkan kesan sederhana namun tetap anggun.

3. Krim atau Beige

Warna neutral seperti krim atau beige sangat fleksibel dan mudah dipadukan dengan warna lain. Pilihan warna ini menunjukkan kesederhanaan dan keeleganan yang tidak berlebihan, sangat sesuai untuk suasana formal seperti kunjungan ke rumah mertua.

4. Merah Maroon

Merah maroon adalah pilihan yang hangat dan kaya. Warna ini memberikan kesan keanggunan dan kedewasaan. Sesuai untuk pasangan yang ingin tampil percaya diri dengan sedikit sentuhan warna yang bold namun tetap elegan.

5. Dusty Pink

Dusty pink menawarkan nuansa yang romantis dan lembut, sesuai untuk pasangan pengantin baru yang ingin menampilkan kesan lembut dan penuh kasih sayang. Warna ini juga memberikan kesan yang hangat dan menyenangkan di mata.

Selain tampil sedondon bersama pasangan, pemilihan warna baju raya yang tepat adalah salah satu cara menunjukkan rasa hormat dan apresiasi kepada keluarga mertua. Yang penting, selesa!

Koleksi Ariani Banyak Pilihan Best!

Sebut tentang selesa, ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dengan pelancaran koleksi Lebaran 2024 yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Ariani RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Istimewanya, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi penampilan di pagi raya. Setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula dari XXS hingga 6XL.

Pakaian Lelaki Pun Ada

Koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki antaranya baju melayu, kurta dan jubah yang mana kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Juga mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle dan shawl bersulam.

Owh ya, jangan risau takut tak sesuai sebab semua koleksi tudung Ariani Lebaran 2024 ini khusus untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

Warna hot 2024? Mestilah warna-warna trendy tahun ini seperti Brick Orange ada. Malah Ariani juga mengetengahkan rona ‘Lilac’ buat semua penggemar warna pastel dan lembut. Hah, jom lah ajak pasangan masing-masing mencari persalinan untuk hari raya nanti. Konsepnya tampak manis dan sedondon!

Published by
Nadia