Dalam keadaan tertentu, ada sesetengah pasangan tidak dapat mengelak daripada tinggal berjauhan. Selalunya atas alasan tuntutan pekerjaan atau pendidikan.
Namun begitu ia bukanlah alasan sesebuah hubungan suami isteri itu suram lantaran tidak tinggal sebumbung. Kata orang ‘Jauh Di Mata Dekat Di Hati. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh.
Namun usaha perlu ada dan berterusan bagi memastikan hubungan suami isteri kekal ‘hot’. Berikut dikongsikan rahsia mengekalkan hubungan jarak jauh.
Masak Bersama
Lelaki yang pandai beraksi di dapur adalah lelaki yang seksi. Setuju atau tidak? Ajaklah suami anda membantu anda di dapur. Masak makanan yang menjadi kegemaran anda berdua. Selang-selikan acara memasak dengan gurau senda anda berdua di dapur nescaya ia mampu menghangatkan suasana hingga bakal dilanjutkan di atas ranjang. Tapi pastikan anda berdua makan terlebih dahulu!
Beri Kejutan
Pakai baju tidur yang pernah anda pakai ketika malam pertama. Dengan cara ini anda dan suami dapat mengimbau kembali detik-detik indah bergelar pasangan suami isteri. Mungkin anda boleh menabur kelopak bunga mawar yang ditabur sepanjang jalan menuju ke kamar tidur. Tulis juga nota cinta di pintu kamar agar suami tercinta tidak sabar untuk bertemu dengan anda di ranjang.
Keluar Temu Janji
Jika anda berdua sudah lama tidak keluar berdua, rancang dengan pasangan untuk sebuah temujanji yang benar-benar bermakna. Dapatkan seorang pengasuh untuk menjaga anak-anak ketika anda berdua keluar bersama. Bersiap cantik-cantik umpama mahu keluar buat kali pertama dengan si dia. Berjalanlah sambil berpegangan tangan. Sekali-sekala tidak salah tangan ‘merayau’ di bawah meja ketika anda dan pasangan sedang menjamu selera.
Menonton Wayang
Menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pilih filem bergenre romantis. Secara tidak langsung ia dapat menyemarakkan rasa cinta anda dan pasangan. Jika tidak berkesempatan untuk menonton wayang, tonton filem romantik kegemaran anda berdua di kamar tidur. Pastikan anak-anak sudah tidur lena. Selepas itu, anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Beraksi Spontan
Jangan memandang remeh kepada aksi spontan. Sekali-sekala layangkan ciuman sayang pada pipi pasangan tanpa si dia dapat menduga tindakan refleks anda itu. Mungkin juga anda boleh berikan satu pelukan yang erat pada pasangan. Tentu si dia akan rasa dihargai dan disayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI