5 Rutin Penting Penjagaan Diri Yang Bakal Pengantin Kena Buat, Barulah Berseri Di Hari Bahagia!

Share

Sebagai bakal mempelai tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih?

Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk kebersihan tubuh yang lebih optimum. Berikut lima rutin yang perlu anda praktikkan ketika mandi agar di hari bermakna nanti anda akan kelihatan berseri-seri.

1. DRY BRUSHING

Sebelum mandi anda digalakkan melakukan dry brushing menggunakan berus lembut khusus untuk kulit. Kemudian baharulah mandi seperti biasa.

2. BERUS KUKU TANGAN & KAKI

Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini juga penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush

untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.

3. GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB

Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub. Ia amat membantu untuk menanggalkan  sel-sel kulit mati pada tubuh agar semua kotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh. Hasilnya kulit anda akan lebih segar dan bermaya.

4. PAKAI LOSEN BADAN

Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini cara terbaik anda mengenakan losen selepas mandi.

5. LUMURKAN RAMBUT & KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN

Anda boleh menyapu minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika. Kemudian baharulah cuci rambut dengan syampu dilanjutkan dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya rambut anda lebih lembut, sihat dan bersinar.

Published by
Putri Adila