Bila bercakap mengenai lelaki botak ramai yang menyatakan mereka ini seksi. Betul ke? mungkin kenyataan itu ada benarnya.
Sesetengah wanita juga lebih menyukai lelaki botak berbanding lelaki yang berambut. Mengapa? Ini 6 sebabnya kenapa perempuan menyukai lelaki botak.
1. Lebih seksi
Ya, lelaki botak ini kelihatan seksi di mata wanita kerana kulit kepalanya yang bersih dan dijaga rapi ditambah pula dengan cara pemakaiannya. Memang boleh buat cair!
2. Kelihatan lebih matang
Menariknya lelaki botak ini mereka kelihatan lebih matang di mata wanita. Mengapa? mungkin kerana mereka memiliki gaya dan personaliti mereka yang tersendiri.
3. Lebih kemas dan bergaya
Tidak dinafikan memiliki rambut tetapi mengalami keguguran juga boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu bimbang dengan masalah ini. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan.
4. Tidak cerewet
Jika sudah tidak berambut mestilah mereka tidak akan cerewet. Mengapa? sebab mereka tidak perlu memikirkan gaya rambut apa yang mereka perlu buat. Malah, mereka juga boleh berjimat kerana tidak perlu membeli gel rambut atau pomade.
5. Kelakar
Kebanyakkan lelaki botak ini seorang yang kelakar. Mungkin kerana gaya mereka yang bersahaja dan boleh menghiburkan anda di mana sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Benda Ni Mungkin Nampak Simple Bagi Suami Tapi Sangat Bermakna Buat Isteri (No 6 Semua Isteri Suka)
Untuk membuatkan isteri gembira sebenarnya bukanlah sukar. Tak semestinya hadiah mahal yang menjadi ukuran kerana perkara simple juga boleh memberi erti yang besar kepada isteri.
Nak lakukannya pun tak susah. Jadi wahai suami, anda haruslah peka dan jangan pandang mudah dengan 7 perkara ini. Meskipun nampak kecil tapi kalau buat gerenti isteri yang anda cintai bahagia.
1. Jadilah seorang pendengar
Tidak dinafikan wanita memang banyak bercakap dan suka bercerita. Ada sahaja yang ingin disampaikan kepada pasangannya. Bagi menunjukkan yang anda seorang lelaki prihatin, cubalah beri perhatian kepada apa yang ingin diceritakan oleh pasangan.
Apabila anda menjadi seorang pendengar yang baik, ini menunjukkan anda berminat dengan apa yang ingin diluahkannya, selain anda mengambil peduli tentang kehidupan yang dilaluinya. Malah anda juga akan dianggap lelaki penyabar kerana memberi ruang buatnya untuk bercerita.
2. Beri perhatian terhadapnya
Walaupun anda telah menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada isteri, itu tidak bermakna tugas anda sudah cukup untuk menggembirakan isteri. Wanita sememangnya mengharapkan perhatian, lebih-lebih lagi pada orang yang dicintainya.
Misalnya ketika mood isteri sedang swing mungkin disebabkan kesakitan, haid, jiwa kacau atau sebagainya, cuba anda beri perhatian untuk tidak membebankan isteri dengan banyak perkara. Berikan ruang untuk isteri mententeramkan dirinya dahulu sebelum minta isteri berkongsi dengan anda masalahnya.
3. Sering bertanyakan khabar
Anda akan dianggap seorang yang prihatin dengan wanita yang anda cintai jika anda sering bertanyakan khabarnya. Tak perlu nak tanya pasangan setiap jam kerana perbuatan itu mungkin akan merimaskannya.
Cukup sekadar memberikan pertanyaan ringkas seperti “Bagaimana sayang hari ini?” Percayalah, walaupun pertanyaan itu nampak remeh bagi lelaki tapi ia memberi erti yang besar buat wanita kerana menunjukkan yang anda peduli terhadapnya.
4. Telefon sebagai alat komunikasi
Di zaman yang serba moden ini komunikasi boleh dihubungkan dalam banyak cara. Ia bukan alasan untuk anda tidak berkomunikasi dengan pasangan. Sampai sahaja di pejabat, apa salahnya jika anda menelefon pasangan untuk bertanyakan sama ada pasangan anda selamat sampai ke pejabat atau tidak.
Atau mungkin menghubunginya dan bertanyakan pasangan apa yang sedang dilakukannya sekarang. Walaupun mungkin komunikasi anda berdua ringkas dan berlangsung hanya beberapa minit, sudah cukup untuk menceriakan mood wanita.
5. Pegang tangan isteri
Setelah berkahwin, ada sesetengah lelaki sering melupakan interaksi kecil ini. Walaupun isteri sudah menjadi milik anda, perlu anda ketahui bahawa aksi menggenggam tangan pasangan masih lagi relevan dan sangat diperlukan wanita kerana ia menunjukkan betapa romantisnya anda berdua.
Anda sepatutnya rasa bangga menggenggam tangan isteri saat berjalan dengannya. Selain menunjukkan sisi romantis, aksi berpegangan tangan ini membuatkan wanita rasa selamat berada di sisi lelaki yang dicintainya.
6. Beri pujian dan hadiah istimewa
Tak ada seorang pun wanita yang tak suka dipuji. Oleh itu ringankan mulut anda untuk memberi pujian kepada isteri. Bukan hanya pujian cantik sahaja, sebenarnya banyak lagi pujian lain yang boleh suami berikan kepada isteri.
Misalnya memuji isteri kerana menjadi tukang masak paling sedap untuk anda. Ataupun mungkin memuji isteri pada perkara-perkara lain yang boleh memberi kejutan istimewa kepadanya. Apabila pujian ini diberikan kepada isteri, mereka akan terfikir yang anda sering memerhatikannya. Jangan lupa berikan juga hadiah sebagai tanda kasih sayang anda buat isteri tercinta.
7. Tunjukkan kasih sayang
Isteri suka pada perkara-perkara kecil yang boleh menunjukkan aksi romantis misalnya menampal nota romantis di bilik tidur, dalam kereta atau beg tangan. Atau mungkin anda boleh mengirimkan mesej-mesej sweet di WhatsApp yang isteri tak jangka.
Mungkin juga anda boleh membelikan makanan kegemaran isteri. Ketahuilah suami, perkara-perkara kecil sebeginilah yang boleh membuatkan isteri anda tersenyum riang dan bahagia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Perempuan Bersaiz Petite Sukar Bersalin Normal?
Ramai orang kata, perempuan yang berbadan kecil atau petite itu umumnya lebih cenderung untuk bersalin secara C-Section menerusi pembedahan melihatkan keadaan saiz punggung yang kecil. Apakah fakta ini benar belaka?
Untuk pengetahuan semua, tuhan menjadikan manusia itu dengan kelebihan yang tersendiri. Fakta yang mengatakan mereka bertubuh genit itu sememangnya akan bersalin secara tidak normal iaitu bukan melalui faraj adalah kurang tepat.
- Platipeloid. Bentuk rongga panggul adalah oval, yang memipih adalah dari diameter bahagian depan ke belakang. Hal ini dapat menyebabkan janin melalui pinggul dengan posisi kepala melintang. Bentuk pinggul ini berisiko untuk proses bersalin normal melalui vagina.
- Android. Sebenarnya bentuk ini meyerupai pinggul kebanyakan lelaki di mana, ukuran rongga pinggulnya kecil dan bentuknya menyerupai simbol hati. Tulang iscium menonjol dan lengkungan pubik agak sempit. Bentuk pingguljenis android juga berisiko untuk cara bersalin normal melalui faraj.
- Ginekoid. Ini adalah bentuk pinggul yang paling umum dan merupakan bentuk panggul terbaik yang sesuai untuk melahirkan bayi secara normal. Rongga dalamnya berbentuk oval. Jarak dari sisi kanan ke sisi kiri panggul lebih lebar dibandingkan dengan jarak dari bagian depan ke belakang. Pada bentuk tulang panggul ini, tulang iscium tumpul dan lengkungan pubik cukup besar, iaitu sekitar 90° atau lebih lebar.
- Antropoid. Untuk pinggul jenis ini, rongga dalamnya berbentuk oval, tetapi jarak antara sisi depan dan belakang lebih lebar dibandingkan sisi kanan dan sisi kiri. Dinding samping pula sejajar dan bagian belakang cukup luas untuk menampung bagian belakang kepala bayi. Hal ini mengakibatkan bayi lahir menghadap ke atas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macamana Nak Pupuk Cinta Bila Kahwin Atas Pilihan Keluarga
Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.
Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.
Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI