Fesyen

5 Seleksi Anting-anting Yang Sesuai Digayakan Di Hari Bahagia

Share

Subang atau lebih dikenali sebagai anting-anting merupakan pelengkap yang penting dalam dunia perkahwinan.

Dengan memakai subang yang  sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya penampilan anda lebih menyerlah dan elegan.

Edisi kali ini menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis raikan cinta.

Teardrops

Teardrops

Seperti namanya, anting-anting jenis  ini seperti air mata yang jatuh. Anting-anting ini sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan  penampilan yang lebih seimbang, anting-anting  ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

Cluster

Cluster

Anting-anting jenis ini kelihatan seperti Stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.

Huggies

Huggies

Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin  dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

Dangle

Dangle

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

Chandelier

Chandelier

Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan ratu sehari. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.

Published by
Fadhli Ismail