Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti hari biasa? Apa yang anda cakap semua dia iyakan sahaja. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Pernah mengalami masalah seperti ini? Itu mungkin tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu.
Kalau berlaku begini adalah baiknya jika anda sendiri yang bertanya padanya apa yang dia pendam atau merasa marah disebabkan anda. Kadang-kadang mereka ni senyum diluar tapi dalam hati dia sendiri je yang rasa. Mungkin ini antara perangai mereka yang anda tak tahu sebenarnya si dia tengah pendam sesuatu.
1 – Suka Berdiam Diri
Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri
Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak
Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira
Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes
Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.