Bukan semua orang jenis yang nak kahwin awal, banyak lagi benda yang mereka fikirkan untuk diri mahupun keluarga. So ini 6 alasan untuk anda yang rasa-rasa macam belum bersedia nak kahwin. Selamat berjaya!

6 Alasan Perempuan Boleh Guna Untuk Elak Diri Dari Kahwin Awal Sangat

KERJA NO 1

Kedengaran agak clicheyes memang cliche pun jika anda memberi jawapan hambar ‘saya tak nak kahwin sebab saya suka dengan kerja saya…’ anda kena lah beri penjelasan yang jelas seperti ‘saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.

BANYAK HUTANG NAK KENA SETTLE

PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.

Ads

6 Alasan Perempuan Boleh Guna Untuk Elak Diri Dari Kahwin Awal Sangat

MASIH MENCARI HALA TUJU KEHIDUPAN

Hidup hanya sekali, Penulis percaya banyak yang anda ingin capai dalam hidup ini. Salah satunya mengejar matlamat dan cita-cita anda yang mungkin masih lagi jauh. Apa kata anda cabar diri untuk sibuk mempersiapkan diri untuk membuktikan pada mereka yang banyak lagi perkara yang anda perlu fikir selain soal kahwin. Tunjukkan yang anda bersungguh benar ingin mengecap impian anda dan pastilah makcik ‘machine gun‘ pun tak berani nak tegur tau. Siapa mampu nak tegur bakal wanita berjaya negara kelak! Hehehe.

Ads

TAK JUMPA JEJAKA YANG SERASI

Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi.Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, Penulis tak mahu ibu bapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami.

6 Alasan Perempuan Boleh Guna Untuk Elak Diri Dari Kahwin Awal Sangat

Ads

INGIN BANTU KELUARGA

Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.

6 Alasan Perempuan Boleh Guna Untuk Elak Diri Dari Kahwin Awal Sangat

SUDAH BIASA HIDUP BERDIKARI

pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard  seperti anda bukan?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI