Kulit Cantik Dan Kekal Lembap Di Bulan Ramadan, Buat Step Mudah Je

Share

Menghadapi bulan Ramadan selama sebulan kita berhadapan dengan situasi kekurangan air dan nutrisi yang sepatutnya mengalir ke dalam tubuh. Oleh kerana faktor tersebut kecenderungan kulit jadi tidak anjal dan lembap sudah pasti berlaku. Kulit menjadi lebih kering dari kebiasaan.

Berhadapan dengan masalah kulit kering janganlah dibiarkan. Usahakan dengan cara berikut;

1. Pastikan air putih cukup untuk tubuh anda

Jangan hindari minum air putih, di masa berbuka dan sahur. Minumlah walaupun ketika itu anda tidak merasa haus. Adanya cairan dalam tubuh akan membantu metabolisme kulit dalam pergantian sel sehingga dapat menjadikan kulit nampak segar dan anjal. Keperluan  air putih sama sekali tidak berubah meskipun anda sedang berpuasa. Tetaplah minum air minimum sebanyak 8 gelas sehari.

Kulit kering juga sebab kaki anda pecah-pecah. Lembutkan kaki anda dengan krim yang memberi nutrisi kulit kaki. Krim yang mengandungi Lecithin sempurna dan selamat digunakan setiap hari untuk mengatasi kulit pecah-pecah.

2.Makan sayur dan buah secara seimbang ketika buka puasa, menjelang tidur, dan ketika sahur

Jadikan rutin ketika berbuka dengan makan sahur dan buah supaya tubuh boleh menghalang dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit kering.

3. Rajin memakai pelembap kerana kulit cepat kering apabila cairan dalam tubuh berkurang

Jangan malas pakai pelembap supaya kulit tidak kusam. Sapu pelembap secara rutin, terutama selepas mandi pagi dan malam. Untuk tubuh anda boleh memakai krim pelembap dengan kandungan minyak zaitun yang boleh memberikan kelembapan ekstra.

4. Elak terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal ketika siang hari di bawah matahari terik.

Jika anda mahu melakukan aktiviti fizikal, buatlah di waktu petang atau selepas maghrib agar cairan tubuh boleh segera diganti ketika berbuka. Kulit yang terdedah di bawah matahari tidak baik jika anda ingin kulit yang segar dan bebas kekeringan.

5. Sering  berwuduk, supaya wajah dan kulit kena air dan hasilnya lebih segar

Perkara yang akan sering anda lakukan ketika puasa ialah wuduk. Membasuh wajah, kaki dan tangan dengan air wuduk dapat menyegarkan kulit secara segera. Niat ibadah,  malah dapat bonus wajah cerah dan bersinar kerana sering berwuduk.

6. Berada di ruang yang berhawa dingin perlukan rawatan kulit lebih ekstra

Jika banyak menghabiskan waktu di bilik berhawa dingin, anda perlu pelembap. Sering berada di ruang berhawa dingin membuat kulit kaki jadi  kering dan mudah menjadi pecah-pecah Gunakan lotion dengan kandungan minyak zaitun untuk tetap menjaga kelembapan kulit supaya kekal sihat dan cantik.

Jagalah baik-baik tubuh anda. Berpuasa bukan alasan untuk tampil tidak bermaya dan berwajah kusam.

Published by
Bella