Untuk orang baru kahwin, dan memulakan hidup bersama selalunya mesti runsing mana nak mula dahulu, macamana nak hias ruang itu dan ini. Ini 6 idea deko praktikal  untuk orang baru kahwin.

#1 Ruang Tamu

6 Idea Deko Praktikal Untuk Orang Baru Kahwin. Kenapa Nak Membazirkan?

Gambar : Laurea Home Furnishing

Tak perlu serabutkan rumah dengan almari atau kabinet yang tinggi sehingga ke syiling. Buat berhabuk je nanti. Beli satu sofa kecil dan campurkannya dengan rekaan kerusi berbeza. Penuhkan kerusi dengan bantal kusyen yang disarungkan dengan sarung cantik berlainan rekaan dan warna. Hiasan dinding pun memainkan peranan tau! Di Laurea Home Furnishing ada banyak jual gambar abstrak cantik-cantik. Murah pula tu.
Pilih satu lampu syiling yang berasaskan rekaan unik untuk berikan aura mewah! Jangan lupa hiaskan meja kopi dengan susunan buku, pasu hiasan kecil serta bunga hidup.

#2 Tempat Makan

6 Idea Deko Praktikal Untuk Orang Baru Kahwin. Kenapa Nak Membazirkan?

Ads

Gambar : Laurea Home Furnishing

Belum ada anak dan hanya anda berdua tinggal di rumah? Beli sahaja meja makan yang kecil paling tidak hanya memiliki 4 kerusi. Ini dapat menjimatkan ruang dalam rumah comel anda dan senang juga untuk mengemas nanti! Jika orang datang, bentang sahaja tikar untuk menjamu mereka. Santai juga kan? Apapon, meja makan tak semestinya beli satu set, boleh campur aduk kerusi dan meja macam ni. Baru stail!

#3 Dapur

6 Idea Deko Praktikal Untuk Orang Baru Kahwin. Kenapa Nak Membazirkan?

Ads

Gambar : Laurea Home Furnishing

Jika anda cukup bijak, pasti anda tahu menggunakan dinding dapur sebagai ruang simpanan yang strategik! Gantungkan juga lampu untuk beri pencahayaan unik. JANGAN GUNA LAMPU PENDARFLUOR PLEASE. Sila cari lampu yang memiliki rekaan unik dan tambah seleksi pohon renek hidup.

#4 BalkoniBeli sahaja kerusi dan meja kayu yang kecil untuk menaikan seri balkoni. daripada dibiarkan kosong, penuhkan segenap ruang dengan tumbuhan menghijau. Jika tak mahu lantai nampak bosan, boleh guna papan lantai kayu yang boleh anda pasang sendiri daripada Laurea Home Furnishing.

#5 Bilik Air

Ads

Gantikan lampu syiling yang membosankan dengan lampu dinding. Mungkin kelihatan lebih eksklusif ala hotel. Pemilihan rekaan cermin juga mainkan peranan. Perkakas hiasan bilik air yang murah dan cantik ada di Laurea Home Furnishing.

#6 Bilik Tidur

6 Idea Deko Praktikal Untuk Orang Baru Kahwin. Kenapa Nak Membazirkan?

Gambar : Laurea Home Furnishing

Siapa kata bilik tidur perlu berkatil. Ikut konsep hipster yang hanya menggunakan tilam ini. Namun jangan lupa hamparkan set comforter yang cantik agar berseri sikit ruangan bilik simple anda tu! Lagipun kamu dan pasangan kan muda lagi, gaya sempoi begini sebenarnya tak menjadi masalah pun.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI