6 Kesalahan Suami Punca Isteri Berduka! Jika Inginkan Kebahagiaan, Suami Tolong Berubah!

Share

Mungkin selama ini suami tidak sedar yang anda telah melakukan kesalahan yang mungkin boleh membuatkan isteri berduka sekali gus mengeruhkan hubungan dalam rumah tangga. Suami, tolong jangan ambil mudah! Cari dan ketahui apa jua kesalahan itu dan segera memperbaikinya demi keharmonian perkahwinan yang telah anda bina.

Kesalahan yang sering suami lakukan mungkin nampak mudah dan dianggap enteng. Namun jika dibiarkan berterusan, perkara ini boleh menimbulkan masalah di kemudian hari. Tidak hanya baik bagi kehidupan berumah tangga, mengetahui kesalahan lalu dan segera memperbaiki akan membebaskan anda daripada masalah psikologi yang kerap timbul akibat pertikaian dalam rumah tangga.

Berikut merupakan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan suami dalam rumah tangga.

Kurang cemburu

Menurut penelitian, lelaki tidak begitu cemburu pada perkara-perkara kecil, misalnya ketika isterinya melihat atau berbaik dengan lelaki lain. Padahal, isteri ingin sesekali dicemburui oleh suami. Dengan menunjukkan sikap cemburu, isteri mungkin akan merasa diri mereka penting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya. Cemburu yang disarankan sesuai dengan batas normal dan jangan pula anda cemburu buta.

Bersikap ego ketika berhubungan intim

Suami kadang kala terlalu terburu-buru ketika melakukan hubungan intim. Padahal, suami memerlukan masa yang lebih lama untuk rasa ghairah dan terangsang. Terlalu terburu-buru mungkin boleh membuatkan isteri merasakan dirinya hanya diperlukan untuk pemuas nafsu saja. Mulai sekarang biasakan untuk pemanasan yang dilakukan dengan kasih sayang. Cara begini, isteri akan rasa dirinya dicintai sepenuhnya dan secara automatik tubuhnya dapat terangsang secara semula jadi.

Tidak menceritakan masalah kepada isteri

Kebanyakan lelaki mungkin tidak suka menceritakan masalahnya kerana takut dianggap lemah. Padahal membicarakan masalah yang dihadapi dengan isteri sangatlah penting. Dengan itu, isteri rasa dirinya dilibatkan dan dianggap penting dalam kehidupan suami.

Menghabiskan wang tanpa pengetahuan isteri

Sama ada sedar atau tidak, suami yang kerap menjadikan dirinya sebagai pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya menghabiskan wang tanpa pengetahuan iteri. Satus sebagai pemimpin tidak harus membuatkan suami bertindak semahunya tanpa melibatkan persetujuan isteri. Apalagi jika ia bersangkutan dengan urusan wang. Sebaiknya berbincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan wang agar tidak timbul isu di kemudian hari.

Kurang peka

Isteri kerap diam atau hanya memberi bahasa tubuh apabila kesal dengan tingkah laku suami. Sayangnya, suami pula kurang peka untuk mengetahui isyarat tersembunyi itu. Nah! Sekarang cuba suami lebih peka dengan keadaan yang dialami oleh isteri anda seperti memerhatikan gerak-geriknya yang tidak seceria selalu. Gerenti, isteri pasti suka apabila anda melakukan apa yang diinginkannya tanpa harus diberitahu sebelumnya.

Tidak menjadi pendengar yang baik

Ketika isteri anda sedang memberitahu masalahnya, dengarkan setiap ucapannya. Isteri lebih suka perasaannya difahami ketika dia sedang mencurahkan isi hatinya. Sayangnya, suami cenderung berusaha untuk mengatasi permasalahan yang dihadapinya atau mengungkapkan pendapat yang berdasarkan fakta. Di mata isteri, sikap tersebut membuatkan suami dianggap kurang berempati dengan keadaan  yang mereka alami.

Jadi, sekarang anda sudah tahu kan apa saja kebiasaan-kebiasaan negatif lelaki yang mungkin boleh menimbulkan pertengkaran dalam rumah tangga? Ayuh, segera perbaiki hal tersebut demi keharmonian perkahwinan anda berdua.

Published by
Putri Adila