Punca pergaduhan dalam hubungan cinta mungkin terjadi atas perselisihan faham antara pasangan. Ia dianggap perkara biasa dalam sesebuah hubungan yang boleh memantangkan lagi hubungan tersebut. Namun, pergaduhan yang berpanjangan boleh menjejaskan hubungan bersama pasanga sekali gus merosakkan rumah tangga anda.
Saat berlaku krisis, terpulang kepada pasangan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Dari sudut sosiologi, ada beberapa perkara yang mendorong kepada tercetusnya pergaduhan dalam perhubungan.
Jom kita lihat 6 sebab utama yang mendorong kepada permasalahan ini!
Pemilihan pasangan wajar dititikberatkan dan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. Pada tempoh itu juga, kita perlu menguji bakal pasangan untuk menilai sikap dan perangainya. Kita perlu saling memahami dari aspek luaran dan dalaman.
Sebelum berkahwin, semuanya cantik tetapi selepas itu, segala kelemahan tidak dapat dilindungi. Senaraikan ciri-ciri yang kita mahukan pada pasangan seperti sabar, peramah atau jujur. Kita juga perlu berpegang pada prinsip untuk berusaha dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian pasangan.
Jurang perbezaan yang dimaksudkan ialah Merangkumi perbezaan daripada aspek sosio ekonomi, penilaian dan latar belakang kehidupan. Ramai pasangan yang kerap bergaduh sering menyangkal atau tidak bersetuju dengan pendapat pasangan mereka.
Sebelum berkahwin, dapatkan restu keluarga, terutama ibu bapa untuk mengelakkan masalah selepas berkahwin, sekali gus mendedahkan pasangan kepada pengaduhan. Restu keluarga amat penting untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga buat selamanya.
Setiap pasangan perlu memahami tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. Ramai menganggap tugas memasak, mengurus rumahtangga dan menjaga anak adalah tanggungjawab isteri tetapi hakikatnya, ia perlu dilakukan bersama-sama.
Dalam tempoh ini, kita dapat mengenali hati budi pasangan dengan lebih dekat. Selepas berkahwin, agak sudah terlewat untuk menilai sifat dan sikap pasangan. Oleh itu, sebaiknya, ikat tali pertunangan sekurang-kurangnya setahun untuk lebih mengenali hati pasangan masing-masing.
Pada umur sebegini, individu belum matang untuk memikirkan masa hadapan dan apabila krisis rumahtangga melanda, mereka terdedah kepada pergaduhan. Ramai pasangan mengatakan bersedia berkahwin tetapi kurang yakin apabila dibangkitkan mengenai persediaan kewangan.