Sikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.

Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga cara indirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.

1. MINTA NASIHAT ISTERI

Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.

Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.

Ads

2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI

7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!

Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?

Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.

Ads

3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS

Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.

4. JADI PENDENGAR SETIA

7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!

Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!

Ads

5. PEGANG TANGAN

Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.

6. RINGAN TULANG

7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!

Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.

7. IKHLAS BERIKAN SESUATU

Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI