7 Ciri Fizikal Wanita Yang Buatkan Lelaki Cair Hanya Dengan Sekali Pandang!

Share

Setiap manusia pasti tertarik dengan kecantikan. Lazimnya, kecantikan itulah yang dipandang terlebih dahulu sebelum perkara yang lain. Begitu juga dengan sikap lelaki yang suka melihat kecantikan wanita. Sememangnya lelaki punya pilihan masing-masing dalam mencari wanita yang diidamkan termasuklah ciri-ciri fizikal tubuhnya yang sentiasa menggoda dan menjadi kesukaannya.

Bagi pasangan suami isteri, mungkin hubungan yang dibina sedikit renggang kerana sikap si isteri yang tidak menjaga penampilan selepas berkahwin. Dalam tidak sedar, si suami mula merasa seakan si isteri tidak prihatin tentang penampilannya dan membuatkan suami tidak lagi tertarik. Oleh itu, si isteri patut cuba realisasikan ciri-ciri fizikal ini untuk pikat si suami kembali demi merapatkan kalian berdua.

Dengan ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadikan seseorang wanita itu tampil cantik dan menawan. Ia sekaligus mencerminkan tubuh anda yang sihat dan sentiasa terjaga rapi. Nak tahu ciri-ciri fizikal pada wanita yang lelaki sukakan? Jom kita lihat senarai di bawah!

1. RAMBUT YANG SIHAT

Dengan rambut yang terurai lembut serta bersinar sihat panjang boleh menarik perhatian lelaki. Jadi, buat para isteri, seeloknya menjaga kesihatan rambut kalian sebaiknya kerana dengan cara ini ia lebih menyempurnakan gaya seorang wanita cantik berseri di hadapan suami.

2. SENYUMAN MANIS

Sains membuktikan yang mana senyuman mampu menarik perhatian semua orang. Bahkan ia boleh menceriakan hari seseorang yang sedang berduka. Lemparkan senyuman manis anda buat suami agar dia merasakan anda sentiasa mencintainya.

3. PAKAIAN ATAU GINCU BERONA MERAH

Disebabkan itu warna merah sering dikaitkan dengan seks kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu berahi. Mungkin boleh pilih pakaian dalam dengan rona merah untuk malam istimewa kalian sebagai suami isteri. Sekurangnya boleh pikat semula hatinya!

4. PINGGANG RAMPING DAN PINGGUL YANG MENAWAN

Menurut sains, ini adalah aset bagi diri seorang wanita. Lelaki selalunya lebih sukakan wanita yang mempunyai pinggang ramping dan pinggul yang menawan. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti ini, anda boleh melakukan senaman seperti squat! Selain untuk menarik perhatian suami dengan bentuk tubuh yang menawan, ia juga baik untuk kesihatan anda!

5. SOLEKAN YANG NATURAL

Mungkin ramai wanita menganggap yang lelaki lebih sukakan wanita yang bersolek tebal, walhal mereka lebih sukakan wanita yang bermekap natural serta tidak terlalu melebih. Jadi, seeloknya pilih rona-rona pembayang mata yang buatkan mata tampak sihat berseri semula jadi.

6. BENTUK BADAN YANG IDEAL

Bentuk badan yang cantik pasti menjadi idaman setiap wanita. Begitu juga lelaki yang suka melihat bentuk badan wanita yang cantik. Sebaiknya, dapatkan bentuk badan yang ideal dengan berat dan ketinggian anda. Jangan biarkan anda terlihat terlalu gemuk atau terlalu kurus di mata si dia.

7. KELIHATAN KEMAS

Selain menjaga penampilan diri agar kelihatan cantik, kekemasan sesorang wanita itu juga boleh membuatkan lelaki tergoda. Contohnya, cara wanita itu makan, minum dan sebagainya. Dalam kata erti lain, ciri wanita yang sentiasa tertib dalam melakukan sesuatu perkara boleh membuatkan lelaki cair!

 

 

Published by
Fadhli Ismail