Hubungan

7 Definisi Lelaki ‘Seksi’ Di Mata Wanita

Share

Maksud seksi itu tidak hanya terletak pada pakaian dan luaran seseorang sahaja. Malah, seksi boleh di kategorikan dalam pelbagai perkara. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sudah tentu hanya anda sahaja yang tahu apa maksud sebenar seksi itu pada pasangan anda. Mari kita lihat antara perkara yang boleh di kategorikan sebagai seksi di mata wanita.

1. Mempunyai bakat

Mempunyai bakat tidak semestinya pandai bermain gitar atau mempunyai bakat dalam karya seni. Wanita juga sukakan lelaki yang mempunyai semangat dan hobi yang tersendiri dan mempunyai bakat dalam hobi tersebut.

2. Pendengar yang baik

Untuk wanita, lelaki yang mempunyai ciri-ciri sebagai pendengar yang baik dan setia adalah lelaki yang seksi. Jika mendengar segala luahan hati anda dan memberi reaksi kepadanya, itu menunjukkan lelaki tersebut seksi.

3. Matang dan bijak

Semakin bertambah usia, ia akan membuatkan semakin bertambah kematangan kita terhadap sesuatu perkara. Untuk seorang lelaki, mempunyai kebijaksanaan itu mampu mendapatkan kehidupan dan cinta yang boleh bertahan sepanjang masa.

4. Senyuman menambat hati 

Secara fizikalnya semua orang sukakan bentuk dan saiz badan lelaki yang berbeza. Tapi, satu perkara yang paling wanita setuju adalah fizikal seorang lelaki melalui senyumannya. Susun atur gigi yang cantik dan rapi juga adalah bonus. Ini bermakna lelaki tersebut begitu menjaga kebersihan dan penampilan.

5. Baik hati

Baik tak bererti menolong orang sahaja, malah baik kepada binatang adalah satu bonus. Selain itu, baik dalam melayani kanak-kanak dan sentiasa mengingati serta menyayangi sahabat dan keluarga. Ini sekali gus menjadi petunjuk yang dia adalah terbaik buat kita.

6. Pandai berlawak

Gelak tawa adalah terapi yang paling terbaik dalam membendung segala momen duka dan perit dalam kehidupan seharian. Menjalani kehidupan bersama seorang lelaki yang mempunyai deria taw dan boleh membuat anda tertawa ketika masa duka adalah calon lelaki yang terbaik sebagai peneman hidup.

7. Nada suara

Lelaki yang bercakap lembut dan tidak kasar dengan isteri adalah lelaki yang sangat di impikan. Nada suara juga memainkan peranan yang penting kerana kadang kala ia boleh menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

Published by
NanyRahman