Tahukah anda di Malaysia ni sebenarnya banyak tempat honeymoon yang menarik? Ya, bukan sahaja banyak tempat menarik, malah suasananya juga yang membuatkan sangat tenang dan memang sesuai untuk pasangan berbulan madu.

Tentulah best kan kalau dapat hotel atas air dengan suasana romantik, tenang, indah dan jauh dari hiruk-piruk kota? Dengan 7 hotel terapung ini, anda tak payah pergi bercuti atau berbulan madu di luar negara, tak payah bayar tiket flight yang mahal!

1. Mabul Water Bungalows

Image result for Mabul Water BungalowsSalah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon yang amat terkenal di kalangan pelancong ialah Mabul Water Bungalows di perairan Pulau Mabul, Sabah.

Yang seronoknya, resort ini telah dinobatkan sebagai “the best dive bases in the world” kerana kejernihan airnya! Memang best melakukan aktiviti menyelam di sini.

Jika anda tidak berminat untuk menyelam, jangan risau. Anda masih boleh melihat pemandangan hidupan marin hanya dari tingkap balkoni anda.

Bilik-bilik di sini sungguh luas dan moden, namun direka dengan bentuk tradisional. Jangan risau, masih ada kemudahan internet di sini!

Alamat: Pulau Mabul, Sabah, Malaysia

2. Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Image result for Gayana & Bunga Raya Eco ResortGayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Jika anda mahu ke resort ini, ambil feri percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu.

Resort yang cukup menarik ini menawarkan layanan 1st Class! Aktiviti air seperti snorkelling dan kayak diberi secara percuma. Sarapan pagi juga boleh dihantar ke bilik anda jika anda tak mahu meninggalkan bilik!

Bila sampai saja di sini, anda akan nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Jangan lupa bawa kamera kalis air jika anda mahu ke sini. Barulah berbaloi!

Resort ini turut menyediakan rawatan spa, pusat pemulihan haiwan dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik.

Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

3. Pom Pom Island Resort & Spa

Image result for Pom Pom Island Resort & Spa

Tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini terletak 50 minit dari jeti Semporna. Jadi, anda perlu menaiki bot untuk ke tempatnya.

Kerana jauh dari kesibukan kota, anda pasti merasakan diri seolah-olah di syurga menyaksikan ketenangan dan pelbagai hidupan marin di sini.

Malah, anda juga masih boleh merehatkan badan dengan rawatan spa, bermain bola tampar, jungle trekking, berlayar dan menikmati pemandangan tapak sulaiman.

Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia

4. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Related imageJika anda mendambakan percutian yang cukup mewah namun penuh privasi, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda.

Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort Lexis Hibiscus menawarkan kolam renang dalam bilik setiap pengunjung.

Malah, anda juga boleh melihat pemandangan laut lepas terus dari balkoni bilik anda. Tak payah sibuk-sibuk nak keluar dan cari baju yang sesuai. Semuanya dalam bilik anda saja!

Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia

5. Pangkor Laut Resort

Image result for Pangkor Laut ResortResort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut. Jadi, untuk sampai ke resort ini, anda perlu menaiki bot laju dari Marina Island, Pangkor.

Jauh dari sebarang gangguan bunyi atau udara, inilah resort yang menawarkan taman tropika malah laut yang indah.

Anda boleh melakukan apa-apa saja di sini kerana keseluruhan pulau di Pangkor Laut Resort ini memang disediakan khas buat pengunjung.

Alamat: Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

6. Dragon Inn, Semporna

Image result for Dragon Inn, SempornaPernah tak anda dengar tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini? Dragon Inn Semporna direka mengikut gambaran kampung air masyarakat Bajau.

Resort ini tidak terlalu jauh dari bandar, namun anda masih dapat merasakan suasana kampung yang tenang. Apa yang bestnya, di sini juga ada Live Fish Open Aquarium di mana anda boleh tengok hidupan marin!

Yang membuatkan tempat ini amat istimewa kerana gelarannya iaitu Royal Resort kerana kekerapannya menerima lawatan diRaja. Wow!

Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna

7. Avani Hotel Sepang

Image result for Avani Hotel SepangSiapa yang tak teringin untuk pergi bercuti menenangkan fikiran dengan bajet yang murah saja, kan? Kali ini, anda sudah tahu mana nak pergi!

Avani Hotel, Sepang merupakan satu tempat yang amat menakjubkan, sudahlah murah! Kalau lihat matahari terbenam di sini, sungguh cantik…

Bolehlah anda merehatkan minda dan mencari ketenangan dari riuh bandaraya.  Jangan risau, soal keselasaan di sini memang tip top.

Alamat: Sepang Goldcoast, No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Kampong Bagan Lalang

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: The Vocket