Dekorasi merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan agar ia menjadi ingatan tetamu. Meskipun begitu, ada sebahagian bakal pengantin yang kerap melakukan kesalahan saat membuat dekorasi perkahwinannya.
Oleh itu, pastikan anda jangan ambil mudah dengan kesalahan-kesalahan ini agar anda tidak membuang banyak masa dan terhindar daripada stres yang berlebihan.
1. TIDAK ADA IDEA REKAAN & TEMA YANG DIINGINKAN
Ramai pasangan datang ke perancang perkahwinan tanpa mengetahui apa yang mereka akan lakukan untuk majlis perkahwinan sehingga akhirnya mereka hanya membuang wang, waktu dan tenaga.
Rekaan dan anggaran yang baik merupakan kunci untuk menghasilkan dekorasi perkahwinan yang sempurna. Jangan membeli atau memesan apa pun yang tidak sesuai dengan tema perkahwinan anda. Jika anda bingung bagaimana harus memulakannya, sebaiknya anda dapatkan khidmat nasihat daripada perancang perkahwinan yang akan mengarahkan bagaimana dekorasi perkahwinan selain menerangkan konsep yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
2. ABAIKAN DEKORASI MEJA & KERUSI
Selain pelamin, meja dan kerusi juga menjadi salah satu ornamen terpenting dalam perkahwinan dan perlu diberi perhati. Pastikan anda bijak memilih warna yang sesuai atau selaras dengan tema perkahwinan anda. Fikirkan juga ornamen dekorasi apa yang akan menjadikan meja dan kerusi sebagai spot menarik.
3. TIDAK AMBIL TAHU KELUASAN RUANG YANG DIPERLUKAN
Anda tentu tahu bahawa tetamu memerlukan ruang untuk memudahkan mereka bergerak ketika majlis anda berlangsung. Oleh itu penting untuk anda memikirkan ruangan keluasan agak ia mampu memberi keselesaan dan cukup untuk mereka bergerak. Hitungkan seberapa luas tempat untuk hiburan, meja makan, photobooth dan ruang gerak jurugambar.
Selain itu, pilihan tempat sangat penting untuk anggaran dan rekaan dekorasi anda. Ruang serba guna yang polos mungkin memiliki harga yang murah tapi anda akan menghabiskan lebih banyak wang untuk menghiasinya. Jika perlu, pilihlah ruang yang sudah memiliki rekaan hiasan dalaman yang cantik.
4. TIDAK AMBIL TAHU UKURAN MEJA & KOS UNTUK CENTERPIECES
Anda pernah melihat meja makan utama yang penuh dengan ornamen dekorasi atau nampak kosong dan tidak menarik? Ini kerana ada beberapa bakal pengantin yang langsung tidak mempedulikan ukuran meja dan dekorasi yang sesuai. Nah! Jangan sampai perkara ini menjadi kesalahan anda seterusnya dan kos yang dikeluarkan tidak sia-sia.
5. MENGABAIKAN LANTAI
Warna lantai yang tidak selaras dengan dekorasi tentunya akan mengganggu pemandangan majlis perkahwinan anda nanti. Jadi pastikan anda berbincang dengan perancang perkahwinan tentang warna dan keadaan lantai lokasi perkahwinan anda.
6. TIDAK MEMIKIRKAN SOAL PENCAHAYAAN
Pencahayaan ialah kunci untuk mengatur mood selain memberikan nyawa pada dekorasi ruangan keseluruhan. Lilin menjadi ornamen pencahayaan yang indah dan menjimatkan. Dengan pilihan yang tepat, pencahayaan mampu mengubah tempat biasa-biasa menjadi tempat luar biasa dan akan menjadi ingatan tetamu.
7. ABAIKAN PERSEMBAHAN MAKANAN
Makanan lazat namun tidak dipersembahkan dengan baik tentu tidak akan menarik minat tetamu untuk menikmatinya. Anda juga perlu memerhatikan kebersihan meja jamuan, selain memastikan makanan yang disajikan segar dan menarik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI