Bukan sahaja perempuan yang suka haiwan bermata comel ini. Kucing, binatang berbulu juga disukai oleh golongan lelaki. Biasanya, lelaki dengan binatang peliharaan bukan saja nampak ‘gentle’ tetapi juga nampak lebih ‘macho’.
Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi. Kucing ini sangat comel! Kalau kita lihat mesti sahaja cair melihatnya. Mungkin lelaki sebegini memang layak untuk dijadikan pasangan. Kenapa? Inilah sebabnya!
Mereka ini punya hati yang lembut dan penuh sifat kasih sayang. Perasaan mereka benar dan tulus. Jadi anda tidak perlu ragu akan kasih pasangan anda terhadap anda.
Bagaimana mereka menghormati makhluk Allah ini, begitu jugalah mereka menghormati sesama insan. Sifat kasih terserlah pada layanan mereka terhadap haiwan. Begitu jugalah mereka akan memberi kasih kepada anda.
Apa yang ada, biasanya akan dikongsi bersama-sama dengan haiwan bak kata orang “Sharing is caring”. Bukan mudah mencari pasangan yang tidak kisah berkongsi sekarang ini.
Sangat penyabar
Menjaga haiwan peliharaan bukannya satu perkara mudah dan perlukan komitmen serta kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah haiwan yang biasanya bersifat nakal, liar, degil dan unpredictable. Agak-agak ada ke yang sanggup melayan kerenah anda seperti pencinta haiwan ini?
Sama seperti manusia, ada juga haiwan yang menderita dan sakit. Percayalah, bukan mudah berdepan dengan haiwan yang sakit. Sebab itu, mereka tidak mudah melatah dengan cabaran apatah lagi kehidupan berumah tangga.
Biasanya, mereka ini rela berkorban apa saja demi haiwan kesayangan hingga sanggup mengikat perut asalkan haiwan kesayangan mereka kenyang dan gembira. Sebab itu, jika anda ditimpa musibah, jangan risau jika pasangan anda mengelakkan diri. Mereka akan setia susah dan senang.
Utamanya, kerana mengingatkan haiwan peliharaan perlu diberi makan untuk mengelakkan daripada kelaparan dan tak sampai hati melihat muka sedih haiwan peliharaan yang kelaparan menyebabkan pencinta haiwan ini jarang bangun lewat meskipun pada hujung minggu.
Malah ada yang seawal pagi sudah berada di pasar membeli makanan untuk haiwan peliharaan. Bagus bukan jika pasangan anda tiada masalah untuk bangun awal?
Pencinta haiwan jarang mengambil kisah hal orang lain kerana mereka sudah punya komitmen yang tinggi pada haiwan kesayangan. Sebab itu, mereka faham jika sesekali anda perlu ruang privasi untuk diri sendiri.