Nak kahwin tapi duit tak pandai simpan macam mana nak kahwin? itulah persoalan yang sering timbul dikalangan anak muda yang ingin berkahwin.
Ya, dengan zaman sekarang semuannya memerlukan duit untuk melakukan segala-galanya. Sebab itu kalau anda sudah berjumpa dengan pasangan dan niat untuk berkahwin dengannya perlu mengatur perbelanjaan anda.
Walaupun anda masih tidak menemukan jodoh lagi, ada baiknya simpanan lebih awal itu lebih bagus. So, nanti takdelah menunggu lama nak kahwin sebab tak cukup duit kan? Kami kongsikan kepada anda tips untuk menabung untuk simpanan tabung kahwin.
1. Simpan 10% dari gaji
Lepas tu letak duit 10% tu dekat tempat yang korang susah nak keluarkan dan dapat dividen. Kalau dapat simpan lebih 10% lagi bagus. Contoh: ASB.
2. Jangan beli kereta dulu
Usaha naik public transport. Dah kahwin nanti baru fikir beli kereta. Komitmen kereta sangatlah tinggi kalau beli sebelum kahwin lagi-lagi gaji RM1500 sebulan.
3. Elak makan dekat kedai hipster
Tak perlu dating makan luar tempat mahal-mahal. Nanti lepas kahwin dating je setiap masa. Tak dating nanti dosa.
4. Buat simpanan terus lepas habis belajar
Jangan tunggu dah nak kahwin baru nak menyimpan, kalau belum ada perancangan nak kahwin pun dah boleh simpan terus supaya nanti tak kelam kabut nak cari duit.
5. Bahagikan sebanyak 7 tabung
i) Tabung Kesihatan (insurans) (10%) ii) Tabung Jalan-jalan (5%) iii) Tabung Sedekah (5%) iv) Tabung Mak Ayah (10%) v) Tabung Kahwin (10%) vi) Tabung investment – ASB (40%) vii) Tabung runcit/belanja/sewa bulanan (20%)
6. Buat ‘side income’
Berniaga untuk yang bekerja tetap. Jadi agent orang pun dah okay. Takyah pening-pening nak buat brand sendiri.
7. Tahan nafsu nak pelamin cantik
Boleh google je DIY pelamin. Yang penting kehidupan selepas kahwin.
Sumber : twtmalaywedding