Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Empat Cili Kering Ikut Level Pedas Yang Surirumah Kena Tahu Pilih
Dengan adanya perkongsian ini, barulah anda boleh pilih cili kering untuk digunakan dalam masakan sama ada suka yang pedas atau yang kurang pedas. Semoga ini dapat membantu pasangan baru berkahwin terutama isteri yang jarang masuk dapur tu.
Perbezaan Cili Kering Mengikut Level Kepedasan
Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos. So jom kita baca .
1. GEMUK
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
-Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua. Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
-Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
2. 668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.
10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
-Tahap kepedasan: Pedas*
3. 273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668. Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
-Tahap Kepedasan: Pedas*
4.TEJA
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang. Original: Thailand
-Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
-Tahap kepedasan: Sangat Pedas
*Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh.
Sumber: Zurr Izaty Zolkepli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai Wanita, Anda Mungkin Tidak Subur Kalau Ada 8 Tanda Ini
“Dah setahun aku cuba tapi belum rezeki nak dapat anak. Risau jugak”. Normal kah? Atau ini tanda aku tak subur? Persoalan ini sering menjadi tanda tanya buat wanita. Tapi apakah sebenarnya puncanya?
Jangan risau. Kami akan kongsikan 8 Tanda Tidak Subur Bagi Wanita (secara saintifik) untuk anda.
1. Haid terlalu banyak
Kalau anda perasan haid anda terlalu banyak dan heavy. Itu juga salah satu tanda anda tidak subur. Ia dipanggil ‘Menorrhagia’.
Punca penyakit ini adalah dari ubat-ubatan, IUD, komplikasi kehamilan dan hormon yang tidak seimbang.
2. Haid tak tetap
Mengikut kajian 30-40% wanita yang alami masalah haid tidak tetap memang alami masalah kesuburan.
Jika haid anda lewat 3-4 hari. Itu perkara biasa. Tapi jika haid anda sekejap datang sekejap tak. Itu tandanya anda tak mengalami ovulasi. Jika langsung tiada period. Wajib rujuk pada pakar.
3. Haid Yang Terlalu Menyakitkan
Kalau anda rasa ‘cramp’ atau sakit mengganggu anda buat kerja itu biasa. Yang dirisaukan ialah sakit sampai berguling-guling. Dikhuatiri berpunca dari penyakit Endometriosis.
Antara tanda lain Endometriosis ialah sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit pada dubur, atau pendarahan pada air kencing dan najis.
4. Banyak Sangat Jerawat
Perubahan ketara pada kulit awak menunjukkan perubahan pada paras hormon dalam badan.
5. Lebihan Bulu Badan
Bila anda terlebih ‘hormon lelaki’. Biasanya anda akan ada masalah tumbuhnya bulu-bulu badan dan wajah yang berlebihan. Itu juga tanda PCOS atau hormon tidak seimbang.
PCOS ialah (Polysystic Ovarian Syndrom) iaitu terlebih hormon androgen atau ‘hormon lelaki’. PCOS akan ganggu kitaran haid awak dan proses ovulasi.
6. Rambut Gugur
Kualiti rambut juga boleh tunjukkan tahap kesihatan awak. Masalah rambut gugur ada banyak sebab. Antaranya stress, kurang tidur, anemia, tiriod dan hormon tidak seimbang.
7. Tersiksa Dengan Hubungan Seks
Anda sedar tak. Kurangnya nafsu dalam hubungan seks juga antara tanda anda tidak subur. Bagi pengidap endometriosis.
Hubungan seks adalah menyakitkan. Seks adalah perkara penting dalam hubungan suami isteri dan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Jadi jangan ambil mudah ya.
8. Berat Badan Naik Mendadak
Jika berat badan anda naik secara tiba-tiba. Cuba check balik diet harian. Kalau semuanya ok. Mungkin ianya kesan tindak balas tubuh awak terhadap insulin.
Jika anda mengalami PCOS tubuh anda akan automatik rentan terhadap insulin. Menyebabkan awak susah untuk turunkan berat badan.
Sumber : tengku wdec
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Tip Berkesan Untuk Simpan Duit Kahwin
Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu mengenai bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
Edisi kali ini berkongsikan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
1. Jangan Mementingkan Standard Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elak Berhutang Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Adakan Majlis Gotong Royong
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Jangan Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Membuka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
9. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. Tempahan Fotografi
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI