Jika anda sudah mencuba pelbagai tip untuk menurunkan berat badan namun masih belum berhasil, jangan sesekali berputus asa. Apa kata anda cuba amalkan tip ini sebelum tidur agar impian anda untuk menurunkan berat badan sebelum menjelangnya majlis bahagia menjadi kenyataan.

Makan malam awal

Pengambilan makan malam awal sememangnya penting. Jangan sesekali makan lewat malam dengan alasan jika anda makan awal perut akan lapar semula menjelang tidur. Dengan mengambil makan malam awal, sistem pencernaan tubuh dapat membantu penghadaman sekali gus membuatkan kadar metabolisme berfungsi dengan baik ketika anda berehat ataupun tidur. 

Ambil makanan atau minuman berunsurkan protein

Jika anda gemar mengunyah snek sebelum tidur, gantikan dengan makanan atau minuman yang berunsurkan protein seperti yogurt atau susu. Khasiat protein itu akan menggalakkan otot untuk dirawat sepanjang malam. Lebih banyak otot yang terbina maka lebih banyaklah kalori yang akan dimusnahkan ketika tidur. Malah protein ini juga akan membantu anda untuk tidur lebih lena.

Padamkan semua alatanelektronik

Ads

Sebelum ingin melelapkan mata, pastikan anda memadam segala alatan elektronik di bilik tidur. Kajian dari Manchester University mengatakan short-wave length pada cahaya biru yang dipancarkan daripada tablet atau telefon pintar boleh mengganggu metabolisme badan dan mengganggu penghasilan melatonin yang ada di dalam tubuh.

Tidur dalam bilik gelap

Dalam satu kajian yang dijalankan menerusi Journal of Pineal Research mengatakan jika anda berada di dalam ruang yang 99 peratus gelap tanpa sebarang pencahayaan, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin. Ia bukan sahaja membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, dalam masa yang sama membantu tubuh untuk menghasilkan pembakaran kalori lemak coklat.

Ads

Rendahkan suhu bilik

Tidur di dalam suhu bilik yang sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori sepanjang malam. Ini kerana mekanisme pertahanan semula jadi badan dibina supaya jika anda rasa lebih sejuk, badan akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Walaupun mungkin jumlah pembakarannya tidaklah banyak namun ia masih boleh membantu anda untuk membakar kalori.

Tidur tanpa pakaian

Ads

Menurut penulis buku “The Hormone Diet” iaitu Dr. Natasha Turner, jika tidur tanpa pakaian, badan seakan-akan menekan butang reset kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Menurutnya lagi, keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan rasa sejuk di mana ia sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Malah cara ini juga akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres selain memelihara tenaga di dalam badan ketika tidur.

 Tidur selama tujuh atau lapan jam

Usahakanlah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti selama tujuh hingga lapan jam sehari dan elakkan berjaga sehingga larut malam. Tidur malam yang berkualiti boleh meningkatkan kesejahteraan pada tubuh badan. Apabila kurang tidur, metabolisme badan akan terganggu dan menjadi perlahan pada siang hari sekali gus membuatkan anda cenderung untuk makan banyak.

Info

Menurut kajian Fred Turek, ahli fizik dari Universiti Northwestern, diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur seseorang itu berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI