Baru-baru ini telah tular kisah pasangan muda yang mengadakan majlis pertunangan secara jarak jauh selepas beberapa gambar termasuk video dimuat naik di laman sosial.
Majlis pertunangan membabitkan aplikasi panggilan video Skype yang dipaparkan di komputer riba dan disambungkan ke ‘monitor’ bagi paparan lebih jelas buat tetamu.
Pemuda yang baru bertunang itu, Muhammad Idham Aisha, 27, berkata, persiapan majlis dibuat di kediaman keluarga perempuan, Nur Amirah Mohammad Noor, 25, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu.
Idham yang kini bekerja di Yokohama, Jepun, berkata kedua-dua ibu bapanya yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga dan saudaranya sebenarnya tidak mengetahui mengenai rancangan untuk membuat panggilan video selepas majlis.
“Sejak saya belajar dan bekerja di Jepun hampir lapan tahun, hanya beberapa kali saja saya pulang ke Malaysia. Sepanjang tempoh ini, saya tak pernah buat ‘video call’ dengan abah dan mak sebab di kampung di Kampung Gajah, Perak tak ada kemudahan untuk menggunakan ‘skype’.
“Jadi, ini memang pertama kali buat ‘video call’ dengan mereka. Alhamdulillah, kejutan untuk mak abah. Menitis air mata abah jugalah masa bercakap dengan saya depan ‘monitor’ (skrin komputer),” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp Call pada Rabu.
Ads
Idham yang bekerja dalam bidang pengiklanan berkata, ia juga merupakan pertama kali ibu bapanya bersemuka dengan tunangnya sekeluarga.
“Sebelum ini mereka hanya lihat Amirah menerusi gambar, tapi pada majlis barulah mereka dapat berjumpa. Secara tidak langsung, ‘video call’ yang dibuat bagi berkongsi kegembiraan abah dan mak bersama keluarga Amirah,” katanya.
Kisah cinta mereka bermula semasa majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Tokyo pada tahun lalu semasa Amirah menyertai program pertukaran pelajar di negara matahari terbit itu sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengenali secara serius.
Tambahnya lagi dia sudah bertemu dengan ibu bapa Amirah sebelum memutuskan untuk bertunang. Dan akan pulang bercuti pada Ogos nanti kerana kebetulan ada urusan kerja serta ingin bertemu dengan mereka, yang paling gembira kali ini sebagai tunang Amirah.
Ads
Sementara itu, Amirah pula berkata, dia tidak menyangka sesi panggilan video yang dibuat keluarganya selepas ditunangkan tular di media sosial.
“Bukan saya atau Idham yang memuat naik video ini, jadi memang terkejut bila dikongsi ramai di Facebook. Terima kasih kepada mereka yang menyukainya. Bagi yang mengecam, itu mulut mereka nak kata macam-macam, terpulang kepada mereka.
“Tapi video ini sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga terutama memberi kejutan kepada mak dan abah Idham. Ia juga menunjukkan kami mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga. Kan lebih baik doakan kami yang baik-baik sampai ke jinjang pelamin,” katanya.
Amirah yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Bio Perubatan di intistut pengajian tinggi tempatan, berkata sikap Idham yang bertanggungjawab terutama menghormati ibu bapanya berjaya menambat hatinya.
Ads
“Walaupun kami baru berkenalan, Idham sudah berani menghubungi kedua ibu bapa saya untuk beritahu dia mahu mengenali saya.
“Begitu juga ‘video call’ yang dibuat selepas kami bertunang, dia tampil bersemuka dengan keluarga saya dan keluarganya. Bukan semua lelaki seberani dia,” katanya yang merancang untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana di Jepun.
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Syafie Naswip dipuji netizen selepas berkongsi video memasak bersama ibu mertuanya di dapur.
Menerusi video berdurasi lebih kurang 39 saat itu memaparkan Syafie sedang membantu ibu mertuanya itu memasak di dapur.
Syafie Naswip Masak Dengan Mentua
Kelihatan pemilik nama sebenar Muhammad Syafie Naswip itu menyediakan hidangan nasi goreng dengan bersahaja tanpa rasa kekok walaupun ada ibu mertua bersama. Nampak sangat aktor lelaki tersebut rajin ke dapur, untunglah isterinya.
Menerusi kapsyennya, tertulis ‘projek mak mertua & menantu.’
Umum mengetahui, Syafie bukan sahaja rajin bercucuk tanam, bahkan memiliki kemahiran memasak.
Bahkan sebelum ini, anak kelahiran Kuala Lumpur tesebut dalam satu temu bual bersama Gempak mengatakan, memasak salah satu hobi dan terapi untuk beliau hilangkan stres.
“Sejak kecil, ibu selalu ajar saya memasak. Itu membuatkan saya sudah terbiasa ke dapur. Sekarang nak kata hebat itu tidaklah, tetapi bolehlah untuk menjamu tetamu yang hadir beraya.
“Setiap orang punya cara tersendiri hilangkan stres dan cara saya adalah dengan memasak. Kebetulan jenis yang suka makan, jadi bolehlah saya mencuba pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat,” ungkapnya.
Ramai Memuji Hebatnya Pelakon Ini Di Dapur
Sesuailah dapat mertua yang sememangnya seorang tukang masak. Dikatakan, ibu kepada isterinya itu mempunyai gerai makan sendiri.
Perkongsian video berkenaan mengundang tumpuan ramai. Rata-rata memuji kehandalan di dapur.
Untuk rekod, pelakon Mukhsin itu selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Nor Afiqah Ishak Disember tahun lepas.
Akhirnya penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.
Che Puan Jeslina Hashim Sah Milik Tunku Eddy
Berita gembira terbabit dikongsi pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.
“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dihadiri Sarimah Ibrahim
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi video, mempelai menggayakan persalinan sedondon serba putih, bahkan pengantin perempuan turut menitiskan air mata gembira sebelum upacara menyarung cincin.
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.