
Bukan susah pon kalau lelaki nak happykan pasangan dia. 8 ayat ni confirm mana-mana isteri pon cair kalau suami tanya. Tak percaya cubalah!
- “ Abang on the way balik ni sayang. Nak kirim apa-apa tak?”
- “ Sayang, Jom Makan Luar..”
- “ Sayang nak keluar, nak ‘Me Time’ pergilah. Anak-anak biar abang jaga”
- “ Awak nak beli baju atau kasut?
- “ Petang ni jom kita keluar jalan-jalan”
- “ Sayang , jom kita pergi bercuti”
- “ Yang, abang dah transfer duit dalam account awak”
- “ Abang dah cuci pinggan bersihkan dapur, awak tak perlu buat-buat dah”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara ‘KUNCI’ CINTA Suami Lepas Kahwin. 5 Tip Ni Paling Senang Isteri Nak Buat!

Bukan mudah nak ‘kunci’ CINTA suami tapi andai sayangkan rumahtangga dan suami, semuanya boleh dilakukan. Lepas kahwin, pasangan pengantin baharu perlu pandai mainkan peranan supaya cara ini akan menjadi rutin harian.
Berkongsi tip Zaim Zaini, pengacara televisyen dan digital ini, rasanya tak susah untuk seorang isteri memilih untuk ‘lock‘ CINTA suami. Jom kita baca ni!
CARA ‘LOCK’ CINTA SUAMI
- LOCK Kecantikan Isteri
- Sebagai isteri, jangan sesekali mengabaikan kecantikan dan kebersihan diri. Kalau sebelum berkahwin anda boleh melawa 24 jam, takkan apabila suami sudah di depan mata, nak nampak selekeh pula?
- Tak salah kalau nak berhabis duit untuk kecantikan. Ada nafkah dari suami, gunakanlah sedikit untuk beli pakaian baharu, alat solek dan pewangi badan. Cantikkan diri sehingga suami pun tidak memandang wanita lain!
2. LOCK Perut Suami
- Jangan memilih untuk jadi isteri pemalas dan asyik makan di kedai atas alasan tidak pandai memasak. Apa salahnya belajar memasak yang simple-simple dan kenyangkan perut suami dengan air tangan kita.
- Sekarang ni nak belajar memasak mudah sangat. Telefon bimbit kan sentiasa ada di tangan. Carilah resipi mudah dan cuba di rumah. Beritahu suami mungkin masakan anda kurang enak tetapi anda akan cuba perbaiki. Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.
- Kata Zaim, kalau isteri memasak di rumah, pasti suami akan sayang. Dicanang pada kawan-kawannya isteri memasak di rumah. Bangga tu!
3. LOCK Layanan VIP
- Apabila bercakap dengan suami, bercakaplah elok-elok, bertegurlah baik-baik. Kerana andai isteri bercakap dengan nada marah, suami akan mudah mencari layanan ‘luar’.
- Komunikasi di antara suami dan isteri sangat penting. Andai ada perkara yang tidak berpuas hati, cakaplah elok-elok.
4. LOCK Keluarga Suami
- Sungguhpun hubungan anda dengan keluarga mentua tidak rapat tetapi berusahalah untuk melayani mereka dengan baik. Letakkan diri anda di tempat suami. Tentu anda mahu keluarga anda dilayan dengan baik.
- Yang penting usaha anda untuk memperbaiki hubungan. InsyaAllah pasti ada kebahagiaan.
5. LOCK Di Bilik Tidur
- Bukan hanya zahir suami, keperluan batin suami juga sangat penting dan perlu diutamakan. Jangan sampai suami menonton video yang bukan-bukan.
- Sekiranya isteri ada ‘isu’ tentang hubungan seksual, jangan segan silu untuk berbincang.
Bukan susah pun nak bahagiakan suami. Cuma isteri kena pandai memainkan peranan dan konsisten. Caranya? Terpulang pada cara masing-masing. Suami sendiri kan, mesti anda tahu apa yang dia suka!
Kredit foto: SWEETPICTURES KL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarpun Sibuk, 7 Waktu Ini Boleh Anda Penuhi Untuk Rancang Majlis Kahwin. Barulah Lancar!

Mengatur majlis kahwin bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan perancangan rapi agar anda tidak terlepas perkara-perkara penting. Biarpun anda bekerja, persiapan majlis kahwin masih perlu difikirkan.
Walaupun mungkin anda telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis kahwin, anda sebenarnya masih perlu membuat beberapa keputusan sendiri agar ia tidak lari daripada apa yang anda inginkan.
Ini ada waktu-waktu yang boleh anda penuhi untuk mencari idea majlis kahwin.
1. Dalam perjalanan ke pejabat
Buat anda menaiki kenderaan awam menuju ke pejabat, daripada anda mengelamun atau tidur, gunakan kesempatan ini untuk membelek majalah berkaitan perkahwinan atau buat senarai semak. Catatkan dalam buku agar anda tidak terlupa, idea bagaimana yang anda inginkan.
Namun jika anda memandu ke pejabat, gunakan feature voice note pada telefon pintar anda untuk merakam apa jua idea atau inspirasi yang tiba-tiba terfikirkan oleh anda dalam perjalanan. Atau anda juga boleh memuatkan sejumlah playlist lagu dan memikirkan lagu apa yang ingin anda pasangkanuntuk mengiringi ketika anda berjalan di dewan nanti.
2. Ketika makan tengah hari
Ketika makan tengah hari dan sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, anda boleh mencari idea dan inspirasi gaun pengantin, bunga tangan, gaya rambut serta mencari vendor melalui internet dan sosial media. Maah ketika ini juga anda boleh mencatatkan senarai yang harus diselesaikan, mencari senarai vendor perkahwinan atau membuat panggilan singkat kepada vendor.
3. Ketika melakukan senaman
Sebelum ke gim, cetak beberapa upacara atau idea ucapan. Ini akan memudahkan anda untuk membacanya semula ketika anda sedang mengayuh basikal senaman. Malah ketika itu juga anda boleh gunakan masa untuk menyemak senarai yang anda perlu lakukan, perkara yang anda sudah selesaikan atau mencatat maklumat yang perlu anda lakukan selepas ini.
4. Ketika menunggu waktu makan malam
Mungkin saat anda sedang menunggu ketuhar untuk memanaskan makanan atau sedang menunggu kawan serumah pulang dari membeli makanan yang anda pesan, gunakan masa di antara kerja prep dan waktu makan untuk online. Pastikan yang setiap masa anda amat berharga.
5. Di hujung minggu atau ketika masa terluang
Jika anda sekadar untuk menghantarkan sesuatu atau melihat rekaan kad undangan, buatlah temu janji dengan vendor pada hari terluang atau hari minggu. Anda pasti ingin mengunjungi setiap vendor bersama pasangan. Paling penting, pada waktu terluang ini anda dan pasangan boleh berbincang dengan vendor lebih lama untuk idea-dea yang lebih segar.
6. Selepas balik dari pejabat
Lakukan semua aktiviti yang melibatkan kreativiti seperti cenderahati tetamu ketika anda di rumah setelah pulang dari pejabat.
7. Pada waktu terluang
Dengan cara bagaimanapun anda menyusun playlist, daftar tamu dan daftar apa pun, baik dicatatkan di agenda atau secara online dengan menulis catatan di telefon pintar atau komputer riba, pastikan agar daftar tersebut mudah untuk diakses pada bila masa pun dan dari mana pun, sehingga dapat sering diperbaharui.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri, Jangan Buka Ruang Untuk Orang Luar ‘Singgah’ Meluah

Isi Kandungan
ToggleBuat pasangan suami isteri, jangan buka ruang untuk orang luar datang meluah tentang masalahnya. Rapat macam mana pun, jangan mulakan. Beringatlah!
Jangan Buka Ruang
“Dia tu isteri orang. Anak satu dah pun. Tak kan lah abang nak kat dia pula.”
Atau.
“Dia tu suami orang. Tak kan lah sayang nak kat dia. Dah anggap macam adik beradik je.”
Ketahuilah wahai suami-suami dan isteri-isteri, permainan syaitan tu sangat licik dan berstrategi.
Mula-mula whatsapp memang cakap pasal kerja. Dah mula selesa, rasa nak luah stress kerja, luah masalah kerja. Still, pasal kerja. Nampak macam tak ada apa-apa kan.
Lama-lama makin selesa, rasa nak cerita pasal anak, pasal rumah tangga. Suami I begini. Isteri I begitu. Anak-anak I begini. Anak-anak you begitu. Tak apa lagi, kat whatsapp sahaja.
Tapi lama-lama bukan whatsapp biasa-biasa. Dah mula ada emoji, mula ada sticker. Dah mula nak tunjuk kemesraan kerana rasa sangat selesa. Kononnya berkawan.
Pastu rasa selesa nak lebih ambil berat. Ambilkan makanan, belikan makanan, orderkan makanan, hidangkan makanan. Ambilkan sudu, ambilkan tissue. Mula rasa dijaga diberi perhatian. Tapi rasa tak apa. sebab masih kat tempat kerja. Tak kan lah nk buat apa-apa kan.
Lama-lama? Dah rasa ada orang care, rasa ada orang sudi nak share masalah, rasa ada bahu untuk ditumpang selain suami dan selain isteri sendiri. Different style, different approach. Rasa suka lah kan lama-lama.
Ketahuilah. Jalan menuju zina itu memang bermula dari:
“Dia tu isteri orang. Tak kan lah.”
“Dia tu suami orang. Tak kan lah.”
Kita Semua Akan Diuji
Syaitan ini bukan baru mula kerja sehari dua. Sejak Nabi Adam lagi dia dah expert menyesatkan manusia.
Jadi setakat alasan bini orang, laki orang, mudah sangat syaitan nak cucuk. PU ke tok imam ke, hafiz quran ke, pak ostad ke, semua pun ada possibility untuk disesatkan menuju zina.
Jadi, jangan sekali-kali kita beri ruang kepada tipu daya syaitan walaupun sikit. Sekuat mana pun iman kita, jangan kita berani-berani kata “oh tidak akan berlaku apa-apa.”
Sekali kita dah buka pintu untuk lelaki/ perempuan ajnabi mendekati kita, syaitan sangat mudah menjalankan kerja-kerja kotornya. Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.
May Allah protect us all. Ameen.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI