Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa kerana ia melibatkan hati dan perasaan. Cinta itu hadir dengan sendirinya dan memerlukan komitmen dan tolenrasi yang cukup tinggi.
Walaupun anda tidak boleh memaksa si dia untuk jatuh cinta setengah mati terhadap anda, namun anda boleh berusaha untuk menjadi kekasih yang menakjubkan dan membuatkan hubungan lebih erat dan dalam dengan si dia.
Jom kita lihat 8 cara berkesan untuk buat si dia bertambah sayang dan jatuh cinta terhadap anda dalam sekelip mata!
Jika anda ingin hubungan anda terus mekar dan mewangi, jangan pernah lupa perasaan romantis yang anda rasakan di saat-saat pertama berpacaran dengannya. Meskipun anda tidak mampu menjadi manis dan romantis setiap saat, anda harus selalu berusaha untuk menjadi gadis yang manis dan romantis agar kekasih anda tahu betapa berharga dirinya di mata anda sehingga hubungan anda menjadi lebih erat dan kukuh.
Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan sebagai seorang kekasih adalah membuat si dia merasa luar biasa, tampan, cerdas, dan menarik. Meskipun orang lain akan merasa kesal kepada kekasihnya dari waktu ke waktu, anda tidak boleh menghabiskan waktu dengan mengomel atau membicarakan perkara-perkara yang anda benci dari kekasih anda. Fokuslah pada perkara-perkara positif dan pujilah keperibadian baiknya sambil mendorongnya untuk sentiasa menjadi diri sendiri.
Jika anda ingin menjaga hubungan agar selalu menarik, anda dan kekasih anda boleh mencuba berbagai aktiviti bersama. Contohnya melakukan perkara-perkara baharu seperti hiking, berkayak, jungle tracking dan lain-lain lagi. Melakukan perkara-perkara baharu untuk dinikmati bersama boleh mengukuhkan lagi ikatan dan membuat anda berdua saling mencintai dengan lebih mendalam.
Jika and mahu si dia benar-benar mencintai dan menghargai anda, anda harus mengakui kesalahan yang anda lakukan. Tataplah matanya dengan penuh sayu dan buatlah ia melihat betapa menyesalnya anda. Jangan membuat si dia merasa anda meminta maaf hanya kerana anda memerlukan sesuatu darinya. Biarlah dia melihat bahawa anda benar-benar menyesal dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
Jika anda ingin menunjukkan betapa anda sangat menyayanginya, anda harus berusaha untuk merasakan apa yang si dia rasakan untuk melihat situasi dari sudut pandangannya. Dengan mempertimbangkan apa yang terjadi melalui sudut pandangannya, ia boleh membuat anda melihat bahawa tidak semua perkara itu hitam dan putih. Mungkin si dia memiliki alasan tersendiri di atas tindakan atau ucapan yang dilakukannya.
Untuk membuat si dia mencintai anda dalam sekelip mata, tunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang keluarganya. Berusahalah untuk menjadi ramah dan menjadi tetamu yang sopan di rumah keluarganya. Jika keluarganya tidak ramah terhadap anda, anda harus bersabar dan lakukan yang terbaik daripada mengeluh kepada kekasih anda atau bersikap kasar kepada keluarganya.
Ingatlah bahawa pada akhirnya, kekasih anda menginginkan gadis yang sesuai dengan kehidupannya. Ambillah hati keluarganya sedaya mampu terutama hati ibunya agar si dia boleh merasakan sesuatu pada diri anda.
Setiap hubungan itu berbeza. Hanya kerana sahabat karib anda dan kekasihnya melangsungkan perkahwinan selepas tempoh perkenalan selama 6 bulan, anda tidak semestinya melakukan perkara yang sama. Setiap hubungan itu melalui proses yang berbeza dan jangan pernah sesekali membandingkan kebahagiaan hubungan cinta anda dengan orang lain. Si dia pasti tidak menyukai sikap ini pada diri anda yang suka membuat perbandingan.
Meskipun setiap hubungan adalah tentang memberi dan menerima, jangan sesekali memaksa kekasih anda untuk perkara yang tidak ingin dilakukannya. Walaupun ada sesetengah perkara yang dilakukan atas desakan anda, mungkin dia melakukannya kerana terpaksa dengan hati yang tidak rela. Keadaan ini akan membuatkan dia merasa bosan dan menjadi penyebab kepada masalah hubungan anda.