Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara. Begitu juga kaum lelaki. Mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk meningkatkan kesuburan di samping mencegah kanser prostat, mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.
Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh. Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Ia juga mampu untuk memelihara system reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah. Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane. Sulphoraphane mengandungi zat antikanser. Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat. Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.
Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat. Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, iaitu sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan berwarna oren seperti labu dan lobak merah adalah anti-oksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan. Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.
Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.
Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi. Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.
Semua jenis beri seperti blackberi, bluberi, strawberi, rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh. Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.