Selain daripada hal tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, lagi satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan adalah membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Mungkin ada yang ingat ini perkara mudah – beli sahaja apa yang setiap pasangan inginkan. Namun, ia bukanlah begitu. Di dalam 10 perkara memilih barang hantaran ini, anda perlu bijak mempertimbangkan segi kewangan sehinggalah barang yang dipilih untuk dijadikan hantaran.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan di dalam memilih barang hantaran perkahwinan adalah menetapkan bajet terlebih dahulu. Kenapa bajet kewangan ini penting? Ia adalah untuk mengelakkan anda dan pasangan berasa terlebih teruja sehingga membazir semasa membeli barang gubahan dan barang hantaran.
Bagi memudahkan kerja dalam merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga benda utama ini:
1. Bajet untuk dulang
2. Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang (jika ada)
3. Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang
Mengenepikan tiga bajet di atas, anda akan berasa lebih mudah untuk menyemak dan mengawal kos perbelanjaan perkahwinan nanti.
Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.
Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis – boleh pengsan kalau tidak kena konsep you all!
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:
Konsep Klasik Tradisional Melayu
Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga paha, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
Konsep Perkahwinan Inggeris
Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek cawan, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih
berenda bunga.
Konsep Perkahwinan santai
Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.
Walaupun anda dan pasangan seorang pasangan muda yang moden, janganlah memasukkan barangan elektronik sahaja untuk dulang anda. Masukkan juga pilihan-pilihan lain bagi menaikkan seri dan mengurangkan kebosanan pada gubahan anda.
Cadangan hantaran untuk bakal pengantin:
Elektronik, pakaian, hiasan buah, manisan,set barang kemas, sepang telekung dan kain pelekat, tepak sirih dan sebagainya.
Klik sini untuk lihat beg tangan berjenama sebagai hantaran. Nak lebih jimat, gunakan kod promo 38WOMENDAY di LovebiteMY
Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli – belah. Tetapi, sebelum anda menyerbu KLCC, Sogo, AEON, IOI Mall, Pavillion dan sebaginya. Pastikan anda bersedia dengan satu senarai barang yang lengkap – merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Apa lagi belilah majalah Pesona Pengantin checklist sudah tersedia ada, tak payahlah susah-susah hendak taip atau print lagi.
Ini menjadi lebih penting terutamanya apabila anda membeli barangan ini ketika hujung tahun semasa Year End Sales (YES). Kompleks membeli-belah atau ekspo pengantin pada waktu ini selalunya akan penuh sesak dengan orang ramai. Mereka ingin berebut mendapatkan potongan
diskaun yang menarik. Ambil peluang ini untuk membeli hantaran pertunangan dan kahwin anda.
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
Akhir sekali, tip terakhir memilih barang hantaran perkahwinan yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah ini: jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.