Memang benar rasa cinta itu hadir tanpa dipaksa dan ia lahir dari lubuk hati yang ikhlas. Walau bagaimanapun, sekiranya hubungan cinta itu tidak dijaga, ia boleh memudarkan rasa cinta itu sekaligus membuatkan ia berakhir dengan begitu saja.
Oleh sebab itu, ada beberapa perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pasangan bagi memastikan hubungan cinta itu sentiasa “melekat” buat selamanya. Paling penting, setiap pasangan harus ikhlas ketika menjalinkan hubungan cinta dan tahu akan batas-batasnya.
Jom kita lihat beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib anda lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin sentiasa “melekat” dan akan berakhir dengan kebahagiaan.
1. HARGAI PENGORBANAN PASANGAN
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, anda perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.
2. JANGAN BERPRASANGKA BURUK
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.
3. HORMATI PENDIRIAN PASANGAN
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta anda sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.
4. MENYAYANGI DENGAN HATI DAN BUKAN PERASAAN
Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, anda mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.
5. YAKIN DENGAN KEISTIMEWAAN PASANGAN
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan anda seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.
6. MENYAYANGI SETIAP HARI
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokan harinya.
7. JANGAN CEPAT BERBANGGA
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.
8. SENTIASA BERSYUKUR
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang.
Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Ada kalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI