Sudah bertahun rasanya stail jambang lelaki semakin hari semakin menjadi trend. Trend hispter telah membawa bersamanya trend jambang ini. Apakah ia masih lagi dianggap aksesori lelaki? Jika kita lihat sekarang telah banyak produk yang mengeluarkan khas tu jambang lelaki. Ia menunjukkan semakin hari ia semakin menggalakan.
Trend jambang ini bukan sahaja hanya kerana menurut trend hispter. Kebanyakan lelaki menganggap jambang ini sebagai lambang usia dewasa, kematangan dan maskulin. Ada pula yang menganggapnya hanya untuk frame their face. Kajian menunjukkan wanita suka wajah lelaki berjambang berbanding mereka yang bercukur bersih. Jadi memang wajarlah pun trend jambang ini masih kuat bertahan. Bakal pengantin boleh cuba antara stail ini, hensem.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Jangan Marah Atau Cari Lain Kalau Isteri Malas Ke Dapur
Suami pastinya begitu teringin menikmati masakan air tangan isteri. Lebih-lebih lagi kalau isteri sudah lama tidak ke dapur.
Namun, kadangkala ada wanita ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada memasak. Suami makan hati dan memujuk diri. Mungkin ketika itu, isteri mengalami tekanan perasaan di tempat kerja. Berhadapan dengan situasi sebegitu, suami harus membuat sesuatu. Cari pendekatan agak isteri rajin memasak.
1. Mula dengan menu mudah
Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.
2. Tonton rancangan memasak
Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.
3. Sediakan menu
Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.
4. Beri komen positif
Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.
5. Belikan buku resepi
Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Sebab Kenapa Orang Perempuan Tak Boleh Angkat Benda Berat-Berat
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikan luaran dan mengabaikan kecantikan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalaman adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakan jatuh, ini bukan masalah ringan kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Kadangkala akan rasa tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah berada di peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj. Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga Peringkat Masalah Rahim Jatuh:
- Peringkat Pertama – Rahim turun sedikit sahaja
- Peringkat Kedua – Rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
- Peringkat Ketiga – Rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini, ia boleh menggangu proses pembuangan air.
Tip Untuk Menjaga Peranakan
- Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
- Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini akan menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
- Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
- Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
- Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
- Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lima Sebab Tidak Elok Bila Isteri Sidai Baju Basah Dalam Rumah
Musim tengkujuh sudah tiba. Hujan turun hari-hari sampai kan nak jemur baju pun macam mustahil kan? Kalau tak ke dobi, mungkin akan jemur baju-baju kat dalam rumah kan? Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?
.
5 Bahaya Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan
Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.
5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:
1. Boleh Jadi Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.
.
4. Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI