Lumrah manusia suka melihat akan perkara-perkara yang cantik dan menarik. Begitu juga saat memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Namun, rupa paras bukanlah jaminan untuk memperolehi kehidupan rumah tangga yang harmoni dan sejahtera. Sebaliknya, hati yang suci dan ikhlas mampu menjamin rumah tangga yang lebih bahagia.
Jika anda sudah menemukan seseorang yang boleh dianggap istimewa untuk dijadikan pilihan hati, anda perlu melihat tanda-tanda yang si dia mungkin pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.
Jom kita lihat lapan tanda si dia pasangan yang tepat untuk dijadikan teman hidup. Jika si dia mempunyai kesemua tanda-tanda ini, jangan tunggu lagi, lekas-lekas masuk meminang ya!
1. SENANG BEKERJASAMA
Bagi anda yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama dalam menjayakan hubungan cinta anda. Anda dan kekasih perlu memberi kerjasama dalam melakukan suatu perkara samada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan anda pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi anda untuk hidup bersamanya. Hidup anda akan menjadi sukar jika semua tanggungjawab terletak di bahu anda.
2. BERSAHAJA
Si dia itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Ads
Jika pasangan anda nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, anda boleh mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup anda yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.
3. SALING MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu si dia, adakah rahsia anda selamat di tangannya?
Sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani sekiranya anda yakin si dia adalah jodoh anda. Anda merasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasih anda berbanding rakan-rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
4. TUNJUKKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.
Ads
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila anda dan pasangan saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.
5. SENTIASA JUJUR DAN TELUS
Si dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda pasti dapat mengesyaki sesuatu apabila si dia menipu anda. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan akan menjadi milik anda.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada anda. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta antara anda dan pasangan. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. TERIMA ANDA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah anda lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini. Paling penting baginya, siapa anda sekarang. Biarpun si dia tahu yang anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.
Ads
Apa yang dia tahu, anda kini miliknya. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup anda.
7. MEMAHAMI DIRI ANDA
Sebagai pasangan yang baik, si dia harus memahami anda sebagai pasangan. Contohnya ketika anda sakit, dia akan bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila anda mengalami kesusahan, dia sedia menghulurkan bantuan dan saat anda sedang berleter, dia setia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama anda dalam apa jua situasi. Si dia sentiasa ada untuk anda dan bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Apabila dia sentiasa bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup anda.
8. SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Ada kalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila anda melakukan solat Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinNya anda akan mendapat petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan anda, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang anda lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya dan terus berdoa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asid Urik Tinggi atau lebih dikenali sebagai “Hyperuricemia” adalah merujuk keadaan di mana kandungan asid urik yang tinggi di dalam saluran darah. Ia boleh berlaku sama ada disebabkan oleh tubuh badan tidak dapat membuang lebihan asid urik, ataupon, urik asid yang dihasilkan oleh badan melebihi nilai yang sepatutnya.
Rαmuαn berikut αdαlαh resepi yαng pαling mujαrαb untuk pengidap asik urik, yαng umumnyα sering sαkit di bahagian sendi. Lαngkαh membuatnya dan bahan yang diperlukan amat mudah.
Syarat perlu di patuhi, membuat resepi ini tidαk boleh menggunakan αlαt yαng terbuαt dαri αlumunium, sebαb di khαwαtirkαn unsur kimiα yαng ada pada αlumunium mengandungi rαcun.
Masukkan 1 senduk serbuk teh (teh uncang pun boleh). Biαrlαh lebih kurαng 30 minit, lαlu tapis αirnyα, cαmpur dengαn 1 buαh αir kelαpα mudα segαr. Minum αirnyα, habiskan dαlαm sαtu hαri. Teh betik mudα αir kelαpα ini jαngαnlαh dimαsukkαn ke petiais , mesti di hαbiskαn dαlαm sehαri.
Bahaya Tinggi Asid Urik Dalam Darah?
Tingginya Asid Urik dalam darah boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Asid urik yang tinggi boleh menyebabkan Gout iaitu pembengkakan sendi-sendi dan juga kegagalan fungsi buah pinggang, ataupun kidneystones.
Gout : Gout berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik di antara sendi-sendi kita. Gout ni rasanya seperti kesakitan yang amat sangat di bahagian sendi. Kesakitan ini termasuklah pembengkakan, rasa panas di sendi, dan juga penggelupasan kulit di sekitar sendi. Sekiranya bacaan asid urik melebihi 10 mg/dL, maka berhati-hatilah kerana risiko untuk anda menghidap Gout adalah sangat tinggi.
Batu Buah Pinggang : Pembentukan batu dalam buah pingg4ng atau dikenali sebagai “Kidney Stones”. Biasanya penghidap tak perasan akan gejala Kidney Stones ini sehinggalah bila mana rasa kencing tu amatlah sakit, kencing tak lawas, kencing berdarah, rasa loya dan muntah-muntah. Kandungan batu dalam buah pingg4ng ni merupakan komposisi yang sama dengan asid urik.
Kegagalan Buah Pinggang : Kegagalan buah pingg4ng bermaksud gejala seperti kurangnya kencing, sesak nafas, pembengkakan di bahagian kaki, pening dan sakit kepala, keletihan dan juga kesakitan di bahagian dada. Ia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan organ-organ lain kerana apabila buah pingg4ng gagal berfungsi, toksin tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Biasanya proses dialisis diperlukan untuk menggantikan fungsi buah pinggang.
SUMBER : http://semuanyajdt.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagai dikata jika sudah berkenan, eloklah menghantar tanda bahawa anda pihak lelaki benar-benar serius dengan wanita yang jadi pilihan itu. Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam.
Maksud Merisik
Merisik atau ‘menyiasat’ merupakan adat dan amalan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Merisik bakal calon adalah suatu proses yang sangat disarankan sebelum seseorang itu berumahtangga. Ia bertujuan untuk mengetahui bakal calon sama ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.
Proses risikan oleh masyarakat dahulu, biasanya akan dilakukan oleh kaum lelaki dengan diwakili ahli keluarganya yang akan berkunjung ke rumah calon perempuan. Namun masyarakat sekarang lebih terbuka dengan isu ini. Ada antara mereka yang merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihannya mahupun menggunakan orang tengah seperti sahabat ataupun wakil yang dilantik untuk menyatakan hajat mereka.
Merisik Menurut Islam
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:
“Adakah kamu telah melihatnya?”
Jawab pemuda itu, “Belum.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.
4 Tip Untuk Merisik
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber: https://baitulmuslim.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah spesial kepada suami istri yang keduanya bertahajud.
Apa saja keutamaan untuk suami istri yang membiasakan sholat tahajud?
1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang
Setiap suami istri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.
Keluarga yang sakinah membuat seorang suami yang ketika di luar rumah penat karena pekerjaan atau lelah karena berdakwah, ia menjadi tenang begitu masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan istrinya.
Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Sebab merasa istrinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.
Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologisnya dan mengubah syahwat menjadi berpahala. Mawaddah umumnya khusus pada usia pernikahan muda. Saat telah menjadi telah menjadi tua, mawaddah bukan lagi keutamaan.
Lalu mengapa suami isteri tetap harmonis meskipun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fisik sama sekali. Kerana akhlak, kerana karakter, kerana cinta itu sendiri.
Untuk suami istri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan istrinya lalu sang istri juga solat. Bila istri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)
2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah
Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.
Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat butuh sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat terzalimi, dibela oleh Allah.
Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.
“Jika seorang lelaki membangunkan istrinya di waktu malam lalu keduanya shalat, atau shalat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah”(HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).
Dengan keistimewaan seperti ini, maukah kita berusaha membiasakannya?
Sumber: webmuslimah.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!