Mungkin masih ada di antara anda yang masih tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar untuk perkahwinan anda

Mungkin anda boleh dapatkan inspirasinya di sini! mungkin juga anda tidak akan menyangkakan ada tempat-tempat yang cantik ini di Malaysia! jom kita lihat.

1. Frim, Kepong

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM terletak di Kepong, Selangor. Banyak pokok-pokok yang cantik, taman botanical dan air terjun yang boleh dijadikan latar belakang gambar.

2. Sekeping tenggiri

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!
Foto : benson yin

Sekeping Tenggiri adalah sebuah rumah penginapan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, suasana di Sekeping Tenggiri ni kelihatan nyaman dan tenang dengan pokok-pokok dan kolam yang terletak di sekitar rumah. Struktur binaan rumah yang telah diubah suai kelihatan sangat eksklusif.

3. Klia

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Ads

Siapa cakap dekat lapangan terbang tak boleh ambil gambar yang cantik? Lihat saja hasil kreativiti jurugambar dan pasangan pengatin ini. Gambar perkahwinan anda akan nampak sangat unik dengan adanya kapal terbang di udara. Jangan pula bergambar di tengah-tengah landasan ketika ada kapal terbang yang ingin berlepas ya.

4. Rimbayu IJM Land

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Bandar Rimbayu adalah sebuah bandar rancangan oleh IJM Land yang dibangunkan di Selangor terletak berdekatan dengan Kota Kemuning. Walaupun sebuah bandar, namun suasana persekitarannya ternyata damai dan nyaman dengan flora yang ditanam sekitar bandar dan taman-taman rekreasinya.

5. Taman SUK Shah Alam

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Ads

Sebuah Taman Rekreasi yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Masih ramai  yang tidak tahu akan kewujudan taman ini, jadi amat sesuai untuk menjalankan penggambaran kerana tiada orang ramai lalu lalang. Kawasan persekitaran juga dipenuhi dengan pokok-pokok dan flora yang cantik.

6. Ladang Teh Cameron Highlands

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!
Foto : maxtography

Kalau nak gambar ala-ala hindustan sambil menari-nari di balik dedaun teh yang menghijau, boleh la ke Ladang Teh Cameron. Cuaca yang sejuk dengan kehadiran kabus pula akan membuatkan gambar perkahwinan seperti berada di luar negara.

7. Astaka Morocco

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Ads

Terletak di Presint 1, Putrajaya dekat Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco sesuai untuk gambar ala-ala arabic kerana seni binanya yang berasaskan seni bina Morocco. Dengan ukiran-ukiran di dinding serta pokok-pokok palma disekitarnya membuatkan kamu seperti berada di Morocco. Untuk tujuan penggambaran, kamu perlu membayar yuran masuk.

8. Eco Majestic

8 Tempat Cun Untuk Bergambar Yang Korang Sendiri Tak Sangka Ia Di Malaysia!

Terletak di Semenyih, Eco Majestic adalah sebuah harta tanah yang dibangunkan oleh Eco World. Bermula dari pintu masuk sudah membuatkan kamu terpukau dengan landskap dan binaannya. Binaan yang berkonsepkan Royal membuatkan anda seperti seorang raja dan puteri. Pasti gambar perkahwinan anda akan kelihatan lebih mewah dan elegen.

 

 

 

Sumber : ohfesyen

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI