8 Tip Hias Kamar Pengantin Agar Aura Ratu Sehari Kian Terserlah

Share

Lazimnya apabila majlis kenduri berlangsung di kediaman pengantin, tetamu yang hadir bukan sahaja teruja untuk melihat dekorasi pelamin, khemah, mahu pun sudut makan beradap. Malah turut diperhatikan susun atur dan dekorasi ruangan kamar beradu.

Menjadi kemestian buat bakal mempelai merias seindah mungkin ruang kamar agar tampak cantik dipandang.

Ketahui cara hias kamar beradu:

1. Praktiskan pilihan warna cat yang menenangkan. Jika ada bajet lebih, elok juga kiranya dinding kamar ditampal dengan kemasan kertas dinding. Tampak lebih hebat.

2. Serikan ruangan meja solek dengan perhiasan terpilih. Paling ringkas, letakkan bekas kaca berisi potpourri. Selain tujuan menyuntik gaya, keharuman bunga-bungaan kering tersebut.

3. Pilih cadar daripada koleksi fabrik yang berkualiti dan selesa. Sebaiknya gayakan cadar yang berwarna lembut atau pastel. Ini akan menjadikan ruangan katil tampak anggun dan menarik.

4. Hadirkan bantal hiasan sebagai penyeri di atas katil. Sebaiknya pilihlah warna kontra dengan cadar namun perlulah harmoni untuk tampak menyerlah. Anda bebas untuk menggayakan bantal hiasan sama ada bentuk bulat, empat segi dan sebagainya mengikut citarasa.

5. Hiasi ruang kamar dengan jambangan bunga. Sebaiknya tempatkan bunga tersebut di sisi katil bahagian kiri atau kanan. Pun begitu elakkan meletakkan jambangan bunga di atas katil kerana ia akan menutupi keindahan rekaan cadar pengantin. Cukup sekadar menabur kelopak bunga untuk membangkitkan mood romantik.

6. Gayakan ‘stand lamp’ yang mempunyai rekaan menarik. Kesan pencahayaan yang romantik melengkapkan lagi gaya dekorasi ruang kamar pengantin.

7. Aturkan kedudukan perabot seperti katil, meja solek, almari dan sebagainya di tempat yang sesuai dan selesa.

8. Hamparkan permaidani untuk jadikan ruangan tampak sempurna. Sebaiknya pilihlah permaidani tanpa corak kerana ia akan tampak terserlah dengan percikkan warna memukau sekali gus tampak bergaya ditempatkan di ruangan kamar.

Published by
Ros Nana