Dekorasi perkahwinan tidak semestinya dilihat romantis dengan ratusan bunga. Untuk mendapatkan suasana yang menarik dan kasual, pilihan warna-warna cerah dapat digunakan sebagai dekorasi. Sebagai inspirasi, dekorasi daripada belon pelbagai warna boleh memberi sentuhan magis pada majlis perkahwinan. Lari dari dekorasi kebiasaan, elemen hiasan belon yang menata di pelbagai ruang mampu engubah sudut pandang tetamu sehingga membuatkan semua terpaku dengan inspirasi yang anda cetuskan.
Buat bakal pengantin, anda boleh cuba idea genius ini untuk meraikan majlis perkahwinan anda kelak.
Selain menggunakan TRADITIONAL CENTERPIECES, anda boleh gunakan bunga yang ringkas bersama belon bersaiz besar untuk menonjolkan kelainan.
Selain menggunakan ENTRYWAY GARLANDS, anda boleh hiasi pintu dengan gandingan daun dan belon mengikut tema yang disukai.
Ads
Selain menggunakan BUNGA GANTUNGAN DI SILING, hiasi dengan belon besar yang bergantungan di wire grid dan lilit dengan daun fern. Pastinya tanpa lebih ceria.
Selain menggunakan hiasan bunga di ENTRYWAY, hiasi dengan belon rona putih yang diikat rendah bersama juntaian ivy.
Ads
Selain menggunakan GADIS PENGIRING YANG MEMEGANG BUNGA, tampilkan kelainan dengan memberikan mini gubahan yang diikat pada belon merah jambu bersaiz besar untuk disesuaikan dengan gaun mereka.
Selain menggunakan DEKORASI DI MEJA BUFET, tambahkan tasel bersama hiasan belon putih dan bunga-bungaan liar dari taman.
Ads
Selain menggunakan HIASAN BUNGA DI SEKITAR, dekorasi outdoor boleh diceriakan dengan ikatan reben pada setiap tempat duduk dan dihias dengan belon berwarna pastel.
Selain memberi TETAMU ESCORT CARD TABLE, gunakan belon berwarna putih, krim dan keemasan sebagai tack ringkas yang ditampal pada dinding sebagai petunjuk.
Selain menggantung CHANDELIAR BUNGA-BUNGAAN, biarkan belon warna candy terapung bebas di khemah. Pasti cantik dan mengujakan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbekal kerja keras dan keyakinan yang padu Muas Mo kini dikenali sebagai perancang perkahwinan yang dikenali dalam industri perkahwinan. Muas Mo diasaskan oleh anak muda, Mohd Muas Sazwan Mohammad Mazlan, Graduan jurusan Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam sejak tahun 2011. Hingga kini hasil kerja Muas Mo sentiasa mendapat perhatian dengan lontaran idea-idea yang fresh dan tersendiri.
Bagaimana membina nama hingga menjadi wedding planner yang dikenali sekarang?
Jangan bersikap memilih kerja atau pelanggan , itulah yang saya praktik sepanjang dalam aliran ini. Di samping itu sentiasa mengekalkan momentum kerja yang berkualiti. Hasilkan sesuatu rekaan yang unik dan lain daripada rekaan sedia ada di pasaran. Selain itu saya percaya dengan meluaskan hubungan baik dan kenalan serta rakan-rakan dalam industri perkahwinan dapat menjadikan diri kita relevan di dalam industri.
Apakah prinsip kerja yang diamalkan ?
Saya sentiasa bersikap ikhlas dalam menghasilkan sesuatu kerja dan membuat design dengan sepenuh hati agar pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang tercipta.
Bagaimana menghadapi persaingan di kalangan wedding planner sedia ada?
Paling penting janganlah bongkak, sentiasa bersikap merendah diri dan rajin mengkaji trend terkini. Tidak dinafikan persaingan sangat hebat. Maka kita perlu hasilkan sesuatu design yang berlainan dengan pesaing dan cipta signature sendiri. Jaga hubungan baik sesama pesaing / rakan sama bidang kerana hakikatnya saling memerlukan antara satu sama lain.
Apakah signature dekorasi oleh Muas Mo?
Jika melihat hasil kerja oleh Muas Mo kebanyakannya berorientasikan sentuhan susunan floral yang tersendiri dan unik serta perincian kerja yang kemas dan bersahaja.
Apakah rujukan terbaik bagi anda dalam mencetuskan idea dekorasi?
Kami banyak mengkaji trend-trend terbaru berkenaan dekorasi dan susunan floral dari luar negara dan juga mengkaji trend di Malaysia dan menggabungkan keduanya untuk disesuaikan dengan budaya dan penerimaan rakyat Malaysia
Bagaimana menguruskan bunga-bunga segar?
Sememangnya rumit dan perlukan teliti. Pemilihan bunga disesuaikan dengan suhu iklim sesuatu tempat majlis itu. Susunan bunga akan dibuat saat akhir bagi memaksimumkan kesegaran bunga sepanjang majlis berlangsung
Adakah Muas Mo bertumpu hanya untuk Lembah Klang?
Tidak, kami juga mengambil tempahan luar Lembah Klang jika ada kekosongan jadual
Momen paling diingati sepanjang buat kerja kahwin, kongsikan.
Momen paling indah bila bertemu rakan-rakan baik yang sama dalam perniagaan namun kami saling bantu-membantu antara satu sama lain dan sangat rapat.
Cabaran membuat majlis kahwin indoor dan outdoor
Tentunya keduanya memberi cabaran yang berbeza. Untuk majlis kahwin indoor biasanya kurang berhadapan dengan masalah yang besar namun untuk majlis outdoor, persiapan yang teliti perlu dilakukan untuk sentiasa bersedia dengan perubahan cuaca yang tidak menentu dan angin yang kuat. Jika hujan pula kadangkala barang-barang pelamin berpotensi untuk rosak dan sangat penting untuk memastikan jika membuat majlis outdoor penggunaan barang-barang yang tahan lasak berbanding setup indoor
Cabaran dalam industri perkahwinan
Cabaran bagi saya ialah untuk kekal relevan di dalam industri serta sentiasa diterima oleh pelanggan lama dan baru. Oleh itu perlunya saya untuk sentiasa menghasilkan design-design baharu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Idea kreatif kerap menjadi ikutan bagi wedding planner. Apa komen anda tentang perkara ini?
Ya tidak dinafikan di dalam industri, setiap wedding planner perlu untuk lebih kreatif mencari idea-idea baru di samping sentiasa tahu akan trend-trend terkini. Wedding planner juga perlu kreatif dari segi menggabungkan penggunaan bahan-bahan sedia ada dengan yang baharu untuk mencipta sesuatu design yang tampak fresh, unik dan terkini
Sebagai wedding planner , apa yang anda utamakan untuk kepuasan hati pelanggan?
Sudah tentu memberikan servis yang terbaik dan menghasilkan sesuatu design yang disukai untuk pelanggan sehingga mereka berpuas hati dan rasa berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Itulah kepuasan bagi seorang wedding planner.
Perancangan masa hadapan untuk kekal terus dalam industri?
Kami bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan dengan mengambil pelanggan-pelanggan seluruh Malaysia dan memandangkan kami juga mendapat permintaan yang banyak untuk menghasilkan pakej pelamin dan dekorasi pada harga yang lebih ekonomi, seiring dengan itu kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi servis dan pilihan harga dari bajet sehingga eksklusif.
Projek terkini Muas Mo
Kami baru sahaja membuka dua lagi anak syarikat untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan servis dari Muas Mo namun pada harga bajet iaitu Bijou by Muas Mo dan juga Heirs by Muas Mo untuk pelanggan-pelanggan mendapatkan pelamin mini hasil sentuhan dan kualiti terbaik setanding Muas Mo tetapi dengan harga sangat berpatutan , mampu dimiliki oleh semua lapisan pelanggan.
Tip & nasihat buat mereka yang baru ceburi dalam industri perkahwinan
Sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap masa, melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat dan profesional selain daripada itu, hasilkan sesuatu yang fresh dan unik bagi menyerikan lagi industri perkahwinan di Malaysia.
FOTO : NURUL NIZA & KOLEKSI PERIBADI MUAS MO
Muas Mo berkongsi DIY pelamin mudah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu ruang yang mengganggu mata, tempat ironing board. Tak ada masalah nak selit di mana-mana tetapi kurang sedap dipandang dan nampak tak kemas.
Nak dekat raya, lagi lah memerlukan deko untuk ruang ini. Jadi penyelesaiannya boleh tiru cara ini, foldable ironing board di sebalik cermin. Bila nak guna tarik saja.
DIY Tempat Ironing Board
Bagi yang tinggal di kediaman agak sempit idea yang dikongsi oleh Nasibah Ramly ini amat praktikal.
Rumah kecil, ruang amatlah terhad. Penyelesaiannya di sebalik cermin, letak ironing board.
Bahan yang diperlukan
Ironing board
Plywood tebal 9mm
Wallpaper
Cermin
Gam
Cara membuat
1. Untuk buat kotak, guna playwood tebal 9mm (6mm pun boleh). Kat rumah dah ada saiz tu yang terpakai dah potong-potong. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung. Kotak dah siap pasang balut dengan wallpaper yang beli di kedai Eco.
2. Ironing board tu saya guna yang biasa. Cuma kaki dah diubahsuai. Saya guna 1 kaki saja untuk buat penahan, 1 kaki lagi tak perlu guna.
3. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
4. Bahagian depan saya tampal cermin guna gam yang saya beli dari MR DIY (gam warna kuning ada pistol).
5. Tempat letak seterika dicabut dan disangkut pada dinding.
Bila nak guna, buka dan tarik.
Selesai guna, angkat ironing board dan sangkut dalam kotak macam ni dan tutup.
Nampak lebih kemas, bukan? Ruang iron kalau dibiar memang akan kelihatan serabut dengan pakaian, jadi cubalah idea deko ini.
Bila dapat ruang tamu jenis memanjang, anda kena pandai susun perabot dan bijak memilih warna yang digunakan untuk deko rumah.
Namun ini bukanlah halangan untuk golongan isteri menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
Ini adalah beberapa tip macam mana untuk menghias ruang tamu jens memanjang:
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.