9 Makanan Penyumbang Tenaga Sepanjang Puasa

Share

Berpuasa memberi anda peluang untuk memilih dan mengawal pemakanan namun masih kekal bertenaga sihat dalam melakukan aktiviti harian. Jika memilih makanan yang memberi tenaga, anda tidak mudah lesu untuk berhadapan dengan aktiviti yang padat. Rahsianya, ada beberapa makanan yang boleh membuat puasa anda sihat bertenaga. Lihat senarai berikut.

1. Daging tanpa lemak

Protein memang salah satu makanan terpenting untuk tubuh kita sekaligus otot-otot kita. Daging boleh membuat anda kenyang lebih lama kerana proses pencernaannya lama.

2. Telur

Serupa seperti daging, telur juga membantu anda mendapatkan protein cukup untuk tubuh. Anda boleh membuat telur rebus atau goreng yang sederhana. Manfaatnya seharian.

3. Oatmeal

Dibandingkan nasi, anda boleh menggantikan pengambilannya dengan oatmeal. Oatmeal mengandungi karbohidrat sekaligus boleh mengatur kadar gula darah. Paling baik makanlah di masa sahur agar stamina tubuh anda terjaga.

4. Sayuran hijau

Pastikan kalau warnanya hijau ya! Mengandungi mikronutrien, zat ini membantu pembentukan sel darah merah, sekaligus menjaga stamina tubuh agar tetap kuat. Selain itu, sayuran hijau mengandungi banyak serat.

 

5. Ikan

Protein yang terkandung dalam ikan umumnya tidak mengandungi lemak. Pengolahannya pun cukup mudah, boleh direbus, digoreng ataupun dibakar sesuai selera

6. Kacang

Selain enak sebagai teman untuk mengunyah, kacang juga mengandungi banyak mineral dan zat besi, sehingga membantu menghasilkan sel darah merah dan stamina. Kunyah kacang ketika sahur atau buka puasa boleh beri tenaga buat anda.

7. Buah, terutama pisang dan strawberi

Buah-buahan memang sangat baik untuk tubuh kita. Selain memberikan vitamin bagi tubuh, buah juga memberi vitamin untuk kulit. Buah, seperti pisang, mengandungi karbohidrat yang membantu meningkatkan konsentrasi sepanjang hari.

8. Gandum

Dibandingkan mengambil roti tawar biasa, anda  boleh menggantinya dengan pengambilan roti gandum. Gandum kaya karbohidrat kompleks, sekaligus boleh membuat anda kenyang lebih lama.

9. Keju

Keju yang dimaksudkan ialah yang padu, bukan hasil olahan seperti cheesecakecheese pudding, atau aiskrimKalau bosan dengan sembilan  makanan di atas, anda boleh  juga boleh menyelanginya dengan aneka jenis makanan lain. Anda juga boleh gandingkannya supaya lebih bervariasi. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Sumber:https://food.idntimes.com

Published by
Bella