Setiap hamba di muka bumi ini digalakkan untuk membuat amalan kebaikan. Namun dalam kita tidak sedar, rupa-rupanya banyak amalan yang telah yang kita lakukan itu sekadar sia-sia.

 

1. Kita mengambil wuduk dengan sempurna tapi kita membazirkan air. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

2. Kita bersolat, bersedekah, membaca Al-Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

9 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Pesan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Ads

3. Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

4. Kita bangun solat tahajud, berpuasa dan taat kepada Allah SWT tapi kita memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

Ads

5. Kita kuat beramal dengan membaca Al-Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakitkan hati jiran tetangga, saudara-mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

Ads

6. Kita berhias-hias dan memakai pakaian yang cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah untuk org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

7. Kita memuliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu di belakangnya dan mengungkit pemberiannya. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

8. Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka rasa serba salah. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

9. Kita kerap berdoa memohon keampunan tapi apabila kita diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa Allah menjadikan hidup kita terseksa begini. Ia umpama sebuah bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amalan baik yang kita lakukan umpama terisi dalam sebuah bekas. Jangan dibocorkan bekas itu. Jangan dibocorkan pahala baik itu disebabkan perbuatan buruk yang kita lakukan. Jangan sampai kita menjadi orang yang muflis di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI