Lelaki dayus ialah seorang suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain. Kita berikan beberapa contoh dalam keadaan apa lelaki menjadi dayus.
Seorang isteri sering dikaitkan dengan seorang yang nusyuz iaitu yang tidak mendengar dan mentaati arahan dan permintaan suami, tetapi lelaki dayus pula adalah seorang lelaki yang mengabaikan tanggaungjawabnya sebagai seorang suami.
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa sporting dan memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
8. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
9. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
Dayus adalah termasuk dalam dosa-dosa besar. Dosa yang Allah laknat kerana Allah telah lantik lelaki untuk menjadi pemimpin.
Bila mana dia tidak menjalankan tanggungjawab kepimpinannya, membiarkan isteri dan anak perempuan dewasa mereka terjebak dosa tanpa dia sedikit pun ada perasaan bersalah, itulah dayus.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI