Sikap Yang Tidak Menyenangkan Harus ‘Dibuang’ Dalam Hubungan Cinta, Barulah Bahagia!

Share

Setiap pasangan mengimpikan hubungan cinta yang dijalin berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Sikap saling mempercayai dan mempunyai komunikasi yang baik adalah tunjang kepada hubungan yang harmoni dan sejahtera. Namun, tidak hairanlah jika hubungan yang dijalin sekian lama terputus di tengah jalan.

Ini kerana faktor-faktor tertentu yang boleh merosakkan hubungan sekali gus menyebabkan pasangan berpisah. Ada perkara yang harus dibuang dalam diri setiap pasangan untuk menjaga hubungan agar sentiasa dalam keadaan baik.

Jom kita lihat 9 sikap yang tidak menyenangkan dan harus dibuang agar hubungan cinta semakin mekar hari demi hari!

1. KURANG KOMUNIKASI

Jika ada rasa tidak puas hati atau apa jua masalah yang menimpa, cuba luahkan sahaja dengan pasangan. Jangan berdiam diri atau pendam kerana komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan cinta. Bagi kaum lelaki, jika pasangan anda ingin meluahkan sesuatu, dengarlah dengan ikhlas walaupun ia tidak ada kena mengena dengan diri anda. Untuk wanita pula, anda layankan saja minat kaum lelaki. Mereka punyai minat yang mungkin anda sendiri tidak menggemarinya.

2. TERLALU MANJA

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Begitu juga bagi kaum lelaki. Rata-rata lelaki suka akan kekasih yang mempunyai sikap manja kerana bagi mereka, ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun, jangan pula berlebih-lebihan, gusar pasangan akan merasa jelik dan bosan.

3. TERLALU CEREWET

Mempunyai sikap yang terlalu cerewet ini boleh dikategorikan sebagai perangai yang agak menyakitkan hati. Mungkin ada sesetengah pasangan yang cerewet pengenai penampilan pasangan mereka. Mungkin anda boleh menegur cara pasangan anda berpakaian, namun harus jaga bahasa dan adab. Jangan sampai pasangan anda labelkan diri anda sebagai seorang yang cerewet ya!

4. SENSITIF YANG MELAMPAU

Orang yang ada sikap sensitif yang tahap melampau ni memang menempah tiket untuk tinggalkan. Tidak menjadi kesalahan jika anda mempunyai sensitiviti terhadap pasangan, namun ia harus bepada-pada. Sesungguhnya, sikap sensitif yang berlebihan akan membuatkan pasangan anda merasa bosan dan boleh merenggangkan hubungan. Satu hal lagi, jangan sampai kadangkala pasangan anda ingin bergurau, anda mengambil ia sebagai sesuatu yang serius ya!

5. TERLALU MENYANJUNGI

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang sangat diperlukan dalam sesuatu perhubungan. Ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan tetapi ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya antara satu sama lain. Namun, jika selalu sangat memuji atau menyanjungi pasangan anda, itu boleh membuatkan pasangan merasa bosan. Dia juga akan menganggap anda seorang yang tidak ikhlas.

6. SUKA MEMINTA

Jangan terlalu suka untuk meminta apa-apa dari pasangan anda. Mungkin pasangan anda amat menyayangi diri anda sehingga sanggup berhutang untuk memenuhi kehendak anda. Perkara ini tidak baik buat perhubungan anda. Jangan pula anda merajuk jika pasangan tidak memenuhi permintaan anda. Pasangan yang baik tidak akan meminta sesuatu perkara yang bukan-bukan. Jangan sampai si dia mencari orang lain kerana bosan dengan perangai meminta dan mengada-ngada anda itu!

7. TERLALU MEMPERLEKEH

Lelaki dan perempuan sama sahaja. Mereka jenis yang tidak suka pasangan yang tidak menghargai kewujudan apatah lagi kalau jenis yang suka memperlekeh-lekehkan pasangan tu sendiri. Bahasa tu harus dijaga. Jangan sampai pasangan anda terasa terhina. Sebelum nak berkata sesuatu, cuba fikir terlebih dulu. Letak tempat anda di tempat tempat dia. Jika dia memperlekehkan anda, apa anda akan rasa?
Setiap orang mesti ada kekurangan diri masing-masing bukan? Tidak salah jika anda ada niatuntuk menolong mereka untuk berubah tetapi biarlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara memperlekehkan mereka.

 

Published by
Fadhli Ismail