Sejuk melihat situasi Abby Abadi sambut kepulangan Marissa dan Aslam pada bulan yang mulia ini. Tumpang gembira dengan suasana yang dipamerkan, malah ramai netizen memuji dan memberi komen yang positif dengan sikap artis ini.
Abby Abadi Sambut Kepulangan Marissa Dan Aslam
Selepas kecoh kisah mereka menjadi bualan ramai sebelum ini, hubungan antara keluarga dilihat kembali jernih dengan kehadiran Marissa yang meraikan 1 Syawal bersama.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, juga menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang hubungan yang keruh kembali jernih.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.
“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati” katanya. Abby menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis berserta video kehadiran Marissa membawa Aslam bertemu keluarga.
Keluarga besar ini dilihat meraikan hari raya bersama di rumah ibu kepada bekas suami Abby iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuantan, Pahang.
Disambut Norman dan Memey
Menerusi video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh Norman dan Memey. Mereka kemudian datang bertemu Abby yang sudah ada di sana.
Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan menantunya, Aslam. Perkongsian tersebut mendapat pujian banyak pihak selain terus mendoakan kebahagian keluarga besar mereka.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI