Dari tadi bukan main menunggu jam pukul 5, hati berbunga nak sambut suami balik. Tapi bila dapat mesej suami nak keluar dengan kawan-kawan lepas balik dari kerja, terus rasa tak bersemangat dan tak kurang juga yang marah-marah dan merajuk. Suami pun mulalah label isteri sebagai ‘queen control’ dan suka mengongkong. Kalau nak ikutkan, isteri bukan bermaksud nak kawal segala pergerakan suami. Tapi sebenarnya, mereka susah nak luahkan beberapa perkara ini.
5 Sebab Isteri Merajuk Kalau Suami Balik Lewat & Asyik Lepak Dengan Kawan
.
2. Isteri Rasa Sunyi
Walaupun setiap masa ditemani anak-anak di rumah, isteri perlukan seorang dewasa untuk mendengar ceritanya, meluahkan apa yang terbuku di hati, berbincang mengenai anak-anak, urusan kerja rumah atau sekadar berbual kosong. Sebab itulah isteri boleh bercakap tanpa henti sebaik saja si suami melangkah masuk ke rumah. Mungkin si isteri tak bermaksud nak membebel, tapi dalam hatinya cuma nak berkongsi.
Bayangkan kalau kita di tempat kerja tanpa office mate yang ‘sekepala’ dengan kita, tentu mudah kita rasa tertekan dan stres di pejabat kan? Begitulah juga halnya dengan isteri anda. Cuba ingat semula, bila kali terakhir si isteri keluar bersama rakan-rakannya. Mungkin dah terlalu lama sampai isteri pun dah lost contact dengan mereka.
3. Isteri Dah Masakkan Sesuatu Yang Istimewa
4. Kasihankan Anak-anak
Dari tadi asyik tanya “Papa mana?”, “Bila Papa balik?”. Sampai kita yang naik geram sebab dah banyak kali diberitahu. Bayangkan kalau suami sampai rumah jam 6 petang dan anak masuk tidur lebih kurang jam 9-10 malam. Kasihan dengan anak-anak sebab masa bersama ayah cuma 3-4 jam setiap hari. Masa yang singkat itulah si anak-anak nakkan perhatian dan bermanja dengan ayahnya. Kalau yang jenis kerja luar dan tak tentu masa, lagilah kasihan.
5. Rasa Kurang Dihargai
Walaupun menguruskan rumah dah menjadi sebahagian rutin isteri setiap hari, dah tentu ada hari-hari yang lebih mencabar buatnya. Contohnya kalau anak langsung tak nak tidur atau anak punya pe’el asyik nak berkepit hari ni.
Rasa tak boleh buat apa-apa sampaikan nak solat pun susah. Rasa teringin nak diajak shopping atau makan di luar. Tapi didiamkan saja sebab takut menyusahkan atau menjadi beban pada suami. Tapi tiba-tiba suami ada rancangan lain tanpa bertanyakan keadaan kita yang tunggang terbalik di rumah, manalah tak ‘makan hati’. Suami kalau balik lewat tu, bawalah something untuk gembirakan isteri.
Tapaulah makanan ‘favourite’ dia. Paling kurang kalau terlupa sangat pun belilah coklat dekat 7e tu. Bukannya susah. Itu kan tanda ingatan dan keprihatinan. Selain itu, pertanyaan ringkas seperti “Awak dah makan?” atau “Anak-anak OK tak hari ni?” dah cukup membahagiakan. Kalau isteri nampak letih sangat, sesekali ‘offer’lah nak picit badan mereka. Mesti terus tak jadi marah!
Bukan Nak Mengada-ngada
Sesekali kalau isteri merajuk tu pujuklah. Jangan anggap mereka mengada-ngada pula. Jauh sekali nak jadi ‘queen control’. Isteri mana yang tak mahukan perhatian daripada suami, kan? Lagipun, dah nama pun orang perempuan. Merajuk itulah salah satu tanda dia sayang!
Suami pun kenalah prihatin akan kehendak isteri. Isteri kan suka bermanja-manja, nak suami ada di sisi. Isteri mana tak sayang suami ye tak?
Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose