Hubungan

Ada Hari Isteri Bahagia Dan Sesekali Masam Mencuka, Suami Kena Faham

Share

Bukan setiap hari isteri bahagia dengan suasana yang dia hadapi. Kadang kala ujian datang menyinggah yang membuatkan dia bersedih dan murung.

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, anda sebagai suami kena cuba fahami situasi orang rumahnya di sebabkan persekitaran dan rutin hariannya. Nah, jemput baca.

Tidak Selalu Isteri Bahagia

Kita tak boleh jangka isteri kita hari-hari senyum, hari-hari ketawa, hari-hari ceria, hari-hari gembira.

Ada hari dia down juga, ada hari dia moody juga dan ada hari dia emo juga.

Kita balik kerja pun, bukannya hari-hari kita senyum. Ada juga hari yang kita balik masam muka. Ada sahaja hari yang kita balik, isteri tanya kenapa, kita terus marah dia.

Ada sahaja hari yang kita suruh dia diam, jangan bising. Ada sahaja hari yang kita keluar dari rumah tanpa beritahu apa-apa pada isteri.

Cuba Fahaminya

Kita ada perasaan, isteri pun ada perasaan. Kita ada hari serabut kita, isteri juga ada hari serabut dia. Kita ada hari tension kita, isteri juga ada hari tension dia.

Ada hari dia nak sendiri, ada hari dia nak menyepi, ada hari dia tak nak cakap apa-apa, ada hari dia buat muka.

Ada sesuatu dalam fikirannya, ada sesuatu dalam sanubarinya. Jangan salahkan dia dan jangan abaikan dia andai dia tak senyum, tak ketawa, nampak tak gembira. Jangan buat-buat pejam mata, tak tanya dan biarkan dia macam itu saja.

Satu pertanyaan dari suaminya mampu mengalirkan air matanya, satu ayat daripada suaminya mampu menenangkan jiwanya. Satu pujukan daripada suaminya mampu memulihkannya.

Ambil tahu, ambil peduli. Isteri tak akan selamanya mampu menyembunyikan apa yang dia rasa dan alami. Isteri tak akan selamanya mampu menipu kita tentang hati dan dirinya.

Kehidupan seharian seorang isteri tak mudah.

Published by
Nadia