Hubungan

Ada Isteri Yang Bayar Bil, Suami Hargailah dan Bantulah Uruskan Rumah Tangga

Share

Tak pelik kalau ada golongan isteri yang bayar bil dalam rumah, kadang topup beli keperluan dapur. Itu normal dalam kehidupan zaman ekonomi makin mencanak naik.

Jadi sebaiknya sikap toleransi kena ada dalam diri seoang suami, nak lagi faham jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.

Isteri Yang Bayar Bil

Sekarang ini, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.

Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah.

Isteri juga bayar “hutang-hutang” suami. Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dalam menampung kos sara hidup setiap bulan.

Suami Kena Kenang Pengorbanan Isteri

Bila dah jadi macam ini, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri. Si isteri sudah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami maka:

– Berbuat baiklah dengan si isteri.
– Layanlah si isteri dgn berhemah.
– Jangan tinggi suara dan bersikap kasar dengan isteri.
– Fahami keterbatasan isteri dalam melayani suami.
– Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
– Bantu isteri menguruskan anak-anak.
– Hulur dan bagi juga duit kepada isteri sekadar kemampuan yang ada.
– Ambik tahu apa yang isteri beli, apa yang isteri bayar, apa yang tak cukup dalam rumah.

Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dengan bantuan kewangan yang dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal, kos hidup makin tinggi.

Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi.

Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya.

Published by
Nadia