Tanyalah pada sesiapa pun tentu mereka ada impian nak dapatkan pasangan yang perfect. Kalau dapat, satu bonus tapi kalau tak dapat jangan bimbang kerana tak mustahil lepas kahwin pasangan akan beri layan kepada anda bak raja atau permaisuri.
Betapa beruntungnya Noor Fathin Azlan apabila miliki pasangan yang menjadi dambaan setiap wanita. Bersyukurlah dengan apa yang ada (pasangan) kerana setiap pasangan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Jadi hargailah dia!
Dulu masa kami bercinta, punyalah rasa annoying gila dekat dia. Bila nak jumpa dia, kena naik train dari Bukit Angkasa turun dekat Kepong Sentral sebab dia duk Damansara. Bila keluar naik kereta, kongsi duit tol atau minyak kereta sama-sama. Punyalah kedekut. Makan pulak selalu dekat gerai paling lekeh. Menu paling sedap yang aku selalu makan nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan milo ais tapi kalau rasa berani sikit cuba order tomyam campur. Bab makan selalunya dia belanja. Tapi takde istilah lepak cafe hipster.
Kalau pergi temankan dia shopping, memang betul-betul aku temankan. Dia takkan tanya, nak baju nak seluar ke tak? Jangan harap dia akan tanya. Pernah sekali aku berhutang duit sebab nak bayar sewa rumah, eh alih-alih dia tuntut balik sebab hutang katanya. Dan banyak lagi.
Mesti orang akan pelik kenapa aku masih terima dia jadi suami. Aku masih ingat lagi dia pernah cakap selagi aku tak jadi isteri dia, dia takkan layan aku selayaknya seorang isteri dapat. Dia akan layan aku tahap paling biasa-biasa. So, aku nak tengok betul tak apa yang dia cakap, jadi aku kahwin dengan dia. Bukan sebab aku berani mengambil risiko, tapi aku dah nampak sesuatu dalam diri dia selain rajin bekerja tetapi sangat berkira dengan perempuan yang bukan isteri dia.
Lepas kahwin, haaaaa tudiaa. Apa aku nak, dia sediakan semuanya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya berjenama. Pernah dia hadiahkan jam G-Shock berharga RM450 sebab aku cakap cantik je padahal seumur hidup aku, aku tak pernah pakai jam. Pantang aku usha-usha barang, mesti dia akan belikan. Pantang aku cakap nak makan itu ini, dia mesti akan belikan walaupun jauh. Pantang bagi dia apa saja yang aku nak, dia pasti akan tunaikan. Kadang kalau keluar shopping, kalau aku tak tahu nak beli apa-apa, dia akan marah aku balik sebab dia cakap aku mengada.
Sebab kenapa? Sebab aku dah jadi isteri dia. Aku tanggungan dia sekarang. Itulah tugas seorang suami, hidup untuk membahagiakan isteri.
Ada sesetengah lelaki, dia tak tunjuk tahap sayang dia masa bercinta, tunggulah bila dah jadi suami isteri, insyaallah dia akan layan bak pemaisuri.
Kepada perempuan-perempuan di luar sana, sudah-sudahlah berangan nak pasangan yang perfect macam Hafiz Mahamad, nak relationship goals dsb. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap pasangan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Hargailah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI