
Isi Kandungan
ToggleJangan sesekali berharap menantu sempurna sebab anak kita sendiri pun belum tentu cukup pakej. Itu kena beringat.
Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin, masih ramai golongan mentua nak menantu sempurna, jaga elok anaknya.
Ada Mentua Berharap Menantu Sempurna
Malahan ada mentua, dia expect menantu perempuan dia pandai masak, pandai ambil hati dia, pandai bagi dia hadiah, tapi anak dia sendiri tak solat pun dia tak tegur.
Anak dia jenis baran, cepat naik tangan pun dia tak kata apa. Ada yang advance sikit, anak ambil benda terlarang pun, masih backup.
Setiap Orang Pasti Ada Buat Silap
Pedas memang pedas, tapi itulah hakikat. Anak kita sendiri pun, kita tak tegur, tak nasihat. Salah pun dimenangkan sebab itu besar jadi macam itu. Menatang sangat si anak sehingga salah pun betul, dosa pun pejam mata.
Selepas itu nak harap si menantu ubah itu ini…? Memang susah lah. Tanggung jawab itu jatuh kat mak bapak dulu. Benda kalau dah lama dibiarkan, bukan senang diubah dalam sehari dua. Makan tahun juga.
Tapi kalau mak bapak tak sokong menantu untuk ubah anak dia, maka tak ke mana diri si anak tu.
Percayalah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dugaan Buat Pasangan PJJ Di Musim COVID-19, Cuti Pun Tetap Perlu Berjauhan

Isi Kandungan
ToggleHari ini sudah masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan buat seluruh rakyat Malaysia disebabkan peningkatan jumlah kes wabak COVID-19. Namun, masih ramai rakyat Malaysia yang ingkar dan tidak mendengar arahan yang dikeluarkan. Walhal, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama.
Seluruh rakyat Malaysia tidak digalakkan untuk pulang ke kampung dan disaran agar menetap di mana sahaja mereka berada agar virus itu tidak tersebar ke tempat lain. Melainkan jika anda betul-betul ada hal penting atau kecemasan yang tidak boleh dielakkan, barulah boleh pulang ke kampung.
Antara individu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini tentulah pasangan yang tinggal berjauhan (PJJ) kerana mereka tidak berpeluang untuk bertemu orang tersayang walaupun sedang cuti di rumah. Kebiasaannya, waktu cuti akan digunakan untuk menghabiskan masa dengan yang tersayang tetapi kali ini, lain situasinya.
Jangan bersedih. Walaupun tidak dapat bertemu untuk 14 hari ini, masih ada pelbagai cara untuk kalian melepaskan rindu.
1. Sentiasa Berhubung
Teruskan berhubung dengan pasangan kerana hanya ini cara yang ada untuk anda kekal update tentang kehidupan masing-masing. Selain panggilan telefon, anda juga buat video call menerusi Skype, FaceTime atau sebagainya. Ini bukti yang anda sememangnya rindukan dia. Namun, jangan lakukan secara terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali dia mahu berkongsi cerita. Jarak waktu dan masa bukan lagi satu masalah sekarang. Pelbagai medium boleh digunakan untuk berhubung.
2. Ekspresikan Perasaan Buat Si Dia
Ketika berjauhan, jangan lupa luahkan perasaan sayang dan rindu anda kepada si dia. Namun, luahkan perasaan anda dengan kata dan ayat yang betul kepada pasangan masing-masing. Boleh juga hantar kiriman kata-kata cinta menerusi e-mel berserta lagu yang menggambarkan perasaan anda ketika ini. Tentu si dia rasa dihargai dan disayangi.
3. Buat Aktiviti Bersama-Sama
Walaupun anda berada di lokasi yang berbeza, anda masih boleh melakukan aktiviti bersama-sama. Contohnya, bermain game online, menonton YouTube atau beriadah di luar sambil membuat panggilan video. Selain itu, anda juga boleh membeli-belah menerusi online bersama-sama. Dengan teknologi yang ada sekarang, tak susah untuk anda jadi lebih kreatif dalam perhubungan.
4. Luaskan Topik Perbualan
Takkan asyik nak borak benda yang sama je kan? Asyik tanya soalan, “sayang buat apa? makan apa tadi?”. Bosan ya guys kalau asyik tanya soalan sama je. Cubalah beri cadangan kepada pasangan untuk buat perkara yang anda berdua minat. Contohnya, jika anda berdua suka menonton drama Korea, cadangkanlah kepada pasangan untuk menonton drama menarik yang pasti dia sukai. Pasti anda berdua akan ada lebih banyak topik untuk dibincangkan.
5. Rancang Masa Depan
Semasa berkomunikasi jarak jauh, berbincanglah tentang perancangan masa depan bersama. Perancangan untuk beli rumah, untuk mendapatkan zuriat atau sebagainya. Senaraikan juga perkara yang ingin anda lakukan apabila dapat peluang untuk berjumpa.
PESONA PENGANTIN: Ingat ya semua, jangan pentingkan diri sendiri dan ikutlah arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Ya, memang rindu bila dah lama tak jumpa suami atau isteri kita tetapi mencegah lebih baik. Takut nanti anda sebenarnya menyebarkan virus kepada pasangan. Lagi teruk kan? So, jumpa menerusi video call sahajalah ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Duit Gaji Suami Khas Untuk Ibu Ayah, Keperluan Dan Anak Sahaja. Nafkah Isteri Bagaimana?

Soalan:
Saya bekerja sebagai seorang guru yang berpendapatan rm2900 selepas tolak komitmen bank dan insurans manakala isteri bekerja sebagai jurutera yang berpendapatan rm 2300 selepas ditolak komitmen kereta. Setiap bulan saya menghantar kepada ibu bapa saya rm300, rm700 untuk pembinaan rumah, rm650 untuk pembiayaan anak, dan sewa rumah rm 800, baki saya hanya rm450 setiap bulan. Dalam perbelanjaan saya sekarang, saya tidak memasukkan perbelanjaan saya untuk nafkah isteri. Kami sudah mempunyai seorang anak, kami juga merupakan pasangan yang tinggal berasingan disebabkan tuntan kerja.
Adakah saya antara individu yang mengabaikan nafkah kepada isteri saya?
Umumnya begitulah. Wajib bagi seorang suami untuk memberikan nafkah zahir dan nafkah batin kepada isterinya. Firman Allah Taala:
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Surah al-Baqarah, 2:233
Aisyah R.anha meriwayatkan bahawa suatu hari Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Melihat keadaan itu, maka Rasulullah SAW bersabda:
خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Melihat kepada keadaan saudara, disyorkan agar saudara menyusun kembali prioriti peruntukan kewangan walau bermula dengan RM50 sebulan. Juga kami mencadangkan agar saudara mengambil khidmat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) jika memerlukan bantuan.
Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak memberi nafkah zahir, adalah dibenarkan. Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, mungkin isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik. Perlu sentiasa berunding dengan hikmah dan baik dengan isteri. Dicadangkan juga suami dan isteri menyediakan plan tindakan bersama bagi bagi mengurus kewangan keluarga.
SUMBER : http://www.muftiwp.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Sebab Utama Pergaduhan Boleh Tercetus. Awas! Jangan Sampai Rosakkan Hubungan

Isi Kandungan
TogglePunca pergaduhan dalam hubungan cinta mungkin terjadi atas perselisihan faham antara pasangan. Ia dianggap perkara biasa dalam sesebuah hubungan yang boleh memantangkan lagi hubungan tersebut. Namun, pergaduhan yang berpanjangan boleh menjejaskan hubungan bersama pasanga sekali gus merosakkan rumah tangga anda.
Saat berlaku krisis, terpulang kepada pasangan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Dari sudut sosiologi, ada beberapa perkara yang mendorong kepada tercetusnya pergaduhan dalam perhubungan.
Jom kita lihat 6 sebab utama yang mendorong kepada permasalahan ini!
1. PERKENALAN YANG SINGKAT
Pemilihan pasangan wajar dititikberatkan dan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun. Pada tempoh itu juga, kita perlu menguji bakal pasangan untuk menilai sikap dan perangainya. Kita perlu saling memahami dari aspek luaran dan dalaman.
Sebelum berkahwin, semuanya cantik tetapi selepas itu, segala kelemahan tidak dapat dilindungi. Senaraikan ciri-ciri yang kita mahukan pada pasangan seperti sabar, peramah atau jujur. Kita juga perlu berpegang pada prinsip untuk berusaha dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kebahagian pasangan.
2. JURANG PERBEZAAN
Jurang perbezaan yang dimaksudkan ialah Merangkumi perbezaan daripada aspek sosio ekonomi, penilaian dan latar belakang kehidupan. Ramai pasangan yang kerap bergaduh sering menyangkal atau tidak bersetuju dengan pendapat pasangan mereka.
3. RESTU KELUARGA
Sebelum berkahwin, dapatkan restu keluarga, terutama ibu bapa untuk mengelakkan masalah selepas berkahwin, sekali gus mendedahkan pasangan kepada pengaduhan. Restu keluarga amat penting untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga buat selamanya.
4. FAHAMI TUGAS PASANGAN
Setiap pasangan perlu memahami tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. Ramai menganggap tugas memasak, mengurus rumahtangga dan menjaga anak adalah tanggungjawab isteri tetapi hakikatnya, ia perlu dilakukan bersama-sama.
5. TEMPOH PERTUNANGAN YANG SINGKAT
Dalam tempoh ini, kita dapat mengenali hati budi pasangan dengan lebih dekat. Selepas berkahwin, agak sudah terlewat untuk menilai sifat dan sikap pasangan. Oleh itu, sebaiknya, ikat tali pertunangan sekurang-kurangnya setahun untuk lebih mengenali hati pasangan masing-masing.
6. BERKAHWIN DI USIA MUDA
Pada umur sebegini, individu belum matang untuk memikirkan masa hadapan dan apabila krisis rumahtangga melanda, mereka terdedah kepada pergaduhan. Ramai pasangan mengatakan bersedia berkahwin tetapi kurang yakin apabila dibangkitkan mengenai persediaan kewangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI