Ada Orang Cepat Hamil Bila Amal Minum Air Taugeh

Share

 

Bila dah lama berkahwin, tentunya keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tinggi. Harapan setiap kali haid tak datang membuatkan ramai isteri dah berbunga-bunga hatinya. Ada yang awal-awal lagi sudah bersedia mengambil supplemen dan asid folik. Bagus juga, sekurang-kurangnya tubuh bersedia menerima ‘orang baru’.

Terlalu banyak petua yang diamalkan para isteri demi untuk mendapatkan zuriat dan salah satu daripadanya adalah dengan minum air rebusan taugeh. Sebagai manusia, kita berhak untuk terus berusaha agar apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Asalkan jangan buat sesuatu yang melanggar Syariah atau undang-undang.

 

Ini tip untuk anda yang mahu berikhtiar hamil dengan air rebusan taugeh.

 

  1. Rendam segenggam kacang hijau semalaman di dalam bekas berisi air
  2. Keesokkannya, buang air tersebut dan ambil kacang hijau
  3. Alaskan sehelai tisu bersih di atas meja. Kemudian letakkan kacang hijau tadi ke atas tisu.
  4. Tutup semula kacang hijau dengan tisu bersih. Renjiskan air supaya tisu sentiasa dalam keadaan lembab. Biarkan semalaman
  5. Keesokan harinya, kacang hijau akan keluar ekor anak taugeh. Ambil dan masukkan ke dalam periuk
  6. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan rebus hingga kuantiti air jadi separuh ataupun rebus selama satu minit.
  7. Tapis air rebusan tu, minum airnya setiap malam sebelum tidur, dari hari kedua haid hingga haid bersih.
  8. Segenggam kacang hijau itu adalah untuk minum selama seminggu
  9. Esoknya, guna anak taugeh yang sama . Hanya tukar guna air rebusan baru sahaja.

 

Selamat mencuba!

 

Published by
Anis Nor