Dalam setiap rezeki kita, sebenarnya terselit juga rezeki untuk orang lain. Orang lain yang dimaksudkan itu bukan orang jauh, tetapi isteri dan anak-anak (untuk yang sudah berkahwin). Kalau suami ‘jaga’ satu perkara ini, bukan sahaja dia boleh kaya tetapi isteri pun tersenyum bahagia!
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je.
Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.