Mungkin ada juga antara kita yang begitu susah untuk bangun awal pagi. Terasa liat sangat tubuh untuk segera bangkit dari tempat tidur. Kalau boleh ingin terus ditarik selimut untuk menyambung tidur hingga matahari terbit.
Pun begitu, alangkah ruginya andai terlepas pula untuk mendirikan solat subuh. Malah bukan itu sahaja kelebihan dan keistimewaan bangun awal pagi juga tidak dapat dinikmati, American Psychological Association (APA) turut mendedahkan bahawa orang yang bangun awal pagi lebih cenderung memiliki perasaan gembira, senang hati dan bahagia berbanding mereka yang bangun lewat.
Dalam erti kata lain, bila bangun awal pagi akan menjadikan kita lebih bersemangat dan tidak hairanlah orang yang berjaya adalah orang yang bangun di awal pagi. Pengalaman yang sama juga ingin dikongsikan oleh saudari Nazia Suhaimi di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini dapat juga memberi inspirasi buat kita untuk mempastikan bukan sahaja diri kita malah seisi keluarga akan memulakan hari di awal pagi. Jom semak.
Ini perkongsiannya berkaitan manfaat bangun awal pagi. Bila mendengar kisah-kisah orang berjaya, kebanyakkan mereka bangun pada awal pagi. Sebelum Subuh lagi. Dan mereka ini bukan sekadar orang yang berjaya, bahkan kaya-raya. Ya, kaya dari segi akhlak, bahasa dan harta.
Tak perlu cari contoh jauh-jauh, orang kita sendiri bersepah dengan ciri-ciri ini. Tunjuk dengan tak tunjuk atau kita nampak atau tak nampak je.
Pada awal permulaan saya nak berubah, saya paksa diri saya bangun awal. Dalam setengah jam sebelum Subuh. Masa mula-mula tu, saya pun mati akal nak buat apa. Kadang termenung sampai Subuh, kadang saya suka lipat kain sebab anak tak kacau, kadang saya buat je lah apa yang rasa saya nak buat.
Sejak Disember tahun lepas, saya mulakan satu rutin harian iaitu bangun dan baca Al-Waqiah sementara tunggu Subuh. Orang kata, kalau amal surah ni boleh kaya. Siapa tak nak kaya, kan? Saya pun cubalah.
Ads
Alhamdulillah, hingga saat ini, memang betul apa nabi cakap. Kalau amal surah ni, memang tak pernah fakir.
bangun awal
Kenapa saya cakap macam ni?
Bayangkan suami saya kerja seorang. Beliau menampung kehidupan kami empat beranak (insya Allah bulan depan lima orang). Gaji tak besar. Bayar rumah kereta saja sudah RM1k. Belum masuk belanja sekolah anak, barang dapur, bil api letrik, dan lain-lain.
Kalau dulu, asal hujung bulan je mesti mengais-ngais duit sana sini sebab dah putus belanja. Pernah sekali, kami makan bubur tiga hari berturut sementara tunggu hari gaji. Duit yang ada hanya cukup-cukup beli susu anak dan duit minyak motor ulang alik pergi kerja.
Sekarang dah tak macam tu lagi. Alhamdulillah, selain duit tak pernah putus, makanan sentiasa cukup dalam rumah. Hidup tak mewah tapi hati tenang, tak kusut pasal duit.
Ads
Dan Allah sangat-sangat mudahkan urusan tentang kehidupan kami. Bukan setakat pasal duit je, bah kan dari segenap kehidupan. Sama ada keluarga, bisnes, penyaakit dan macam-macam lagi.
Baru saya sedar, nikmat yang sebenar bukan terletak pada duit. Tak. Nikmat sebenar adalah ketenangan.
bangun awal
Satu lagi, saya cuba berdoa dan berzikir selepas baca Quran, sementara tunggu masuk waktu solat Subuh. Kebetulan minggu lepas, saya terjoin group tadabur. Apa yang best, salah seorang di antara kami share ayat yang sangat memberi kesan di hati saya,
Allah SWT berfirman:
Ads
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada WAKTU SAHUR.”
Ali ‘Imran 3 : Ayat 17
Kita punyalah tengok orang barat sebagai contoh, sedangkan Allah dah bagi garis panduan siap-siap dalam Quran macam mana nak jadi orang berjaya dunia dan akhirat.
Pergaduhan dan perselisihan faham merupakan lumrah dalam hubungan rumah tangga. Pepatah ada menyebut, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Dalam pada masa yang sama, perkara ini mampu memberi teladan kepada padangan suami isteri dalam memantapkan hubungan rumah tangga agar lebih matang dan kukuh.
Namun, jangan biarkan masalah itu berlanjutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian. Ia boleh membawa kepada masalah rumah tangga yang lebih serius sekali gus merosakkan hubungan tersebut. Selesaikan ia dengan cara baik dan selamatkan rumah tangga sedaya yang mungkin. Jangan biarkan masjid yang dibina sekian lama runtuh begitu saja.
Jom kita lihat 5 sebab utama yang boleh rosakkan hubungan rumah tangga. Selamatkan ia sebelum terlambat!
1. CEMBURU YANG MELAMPAU
Cemburu tanda sayang? Ya, benar. Namun, usahlah ada perasaan cemburu yang begitu serius hingga menyebabkan pasangan anda tidak bebas untuk berkawan dan terasa dikongkong. Sifat cemburu yang terlampau akan menyebabkan anda berasa marah, emosi kurang stabil dan hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang mungkin tidak disukai oleh pasangan anda.
Selain itu, pasangan anda akan mula khuatir dan timbul keraguan terhadap kepercayaan anda pada si dia. Jelas, sikap cemburu anda haruslah kena dengan tempat, masa, dan situasi untuk mengelakkan masalah dalam hubungan anda.
2. MENIPU
Mengapa harus menipu dalam hubungan? Sifat jujur merupakan kunci utama untuk mengekalkan hubungan bersama pasangan. Jangan sesekali memulakan penipuan kerana ia boleh menimbulkan permasalahan bersama si dia. Tidak kira sama ada perkara besar atau kecil, sentiasa berlaku jujur kepada pasangan anda, dan usah berselindung di balik bayangan sendiri.
Takut nanti, esok lusa, penipuan anda terbongkar dan pasangan anda langsung tidak menaruh kepercayaan terhadap anda. Apa yang lebih teruk, si dia juga akan membuat perkara yang sama dan akhirnya akan menyebabkan hubungan bertukar negatif. Terapkan kepercayaan, kejujuran dalam keikhlasan dalam hubungan anda untuk membina rasa cinta yang lebih manis.
3. SERING BUAT PERBANDINGAN
Perbandingan adalah perkara tidak wajar dilakukan dalam sesebuah hubungan. Sebagai contoh, sesetengah pasangan kerap kali membandingkan hubungan sekarang dan masa lampau. Usah bangkitkan cerita lama. Ini akan menyebabkan si dia rasa khuatir terhadap anda.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang membuat perbandingan tentang bentuk badan, rupa paras ataupun cara pemakaian pasangan dengan orang lain. Hal ini menyebabkan pasangan akan hilang kepercayaan pada anda dan secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hubungan anda. Jadi, usah membuat perbandingan, namun menasihati sesama lain adalah perkara paling bagus.
4. SIKAP AMBIL MUDAH
Kadang-kala, jika sesebuah hubungan itu sudah berada dalam tempoh yang lama, pasangan akan mula mengambil mudah mengenai hubungan cinta yang terjalin. Sudah tidak sehangat waktu pertama kali bercinta. Mengapa harus begitu? Seharusnya, semakin lama tempoh hubungan itu, semakin fasih setiap pasangan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.
Pelajari dan fahami perkara terbaik untuk membuat pasangan anda bahagia. Dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda cukup arif tentang karakter si dia. Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin supaya hubungan anda kekal lama. Jangan ambil ringan dan sentiasalah berusaha untuk menjadikan hubungan bersama si dia lebih berkualiti.
5. GAGAL BERKOMUNIKASI
Komunikasi, komunikasi, komunikasi. Terutamanya kepada golongan muda, kurang berkomunikasi adalah penyebab utama hubungan jadi dingin. Perasaan cemburu, penipuan, dendam dan sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik.
Luahkan saja perasaan tidak puas hati kepada pasangan. Jangan gentar untuk menjadi seorang yang jujur. Ambil masa untuk duduk berdiskusi, berbincang tentang perihal hubungan dan selesaikannya bersama. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan lagi diri anda bersama si dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai pasangan suami isteri yang melayari bahtera perkahwinan bersama, ciuman merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan rasa cinta dan sayang kepada pasangan. Ia bukanlah dianggap perkara pelik bahkan amalan mencium pasangan boleh merapatkan lagi hubungan dalam rumah tangga.
Namun, di sebalik ciuman seorang suami buat isterinya sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah wanita. Lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa cintanya buat pasangan termasuk dengan cara mencium isteri. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara ini?
Jom kita lihat 5 maksud tersirat ciuman suami buat anda!
1. CIUMAN PADA DAHI
Ciuman begini menunjukkan si dia penuh dengan kasih sayang dan bahagia bersama anda. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya.
2. CIUMAN DARI BELAKANG
Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mencium leher pasti amat membahagiakan. Ia membawa maskud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu. Pasti anda berasa terkejut saat anda sedang memasak di dapur, si suami datang dan memeluk anda dari belakang. Cukup romantis!
3. CIUMAN PADA TANGAN
Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si suami menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan suami kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anda dan ibu. Namun, andainya pasangan anda mencium tangan anda, ini bermakna si dia cuba menunjukkan betapa dia menyanjungi dan menghargai anda sebagai seorang wanita dan cukup istimewa dalam hidupnya.
4. CIUMAN DI BIBIR
Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai. Jadi, jika si suami anda kerap mencium anda di bibir, ini bermakna dia amat mencintai anda sepenuh hati!
5. CIUMAN DI LEHER
Jika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ia menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya. Bertuah jika anda mempunyai suami seperti ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening memikirkan tema warna yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan anda, apa kata cuba gabungkan kombinasi warna yang segar ini agar majlis anda tampil berbeza dari kebiasaan. Pastinya dengan warna sebegini menjadikan majlis perkahwinan anda lebih menonjol dan memukau tetamu yang datang.
Fikirkan apakah mood perkahwinan yang cuba anda rancangkan? Adakah anda ingin bermain dengan warna terang yang menceriakan? Atau lebih kepada warna pastel yang lebih romantis? Pilihlah palet warna yang tepat agar perancang perkahwinan dapat merealisasikannya dengan sempurna.
Kombinasi warna-warna berikut pasti memberi inspirasi buat bakal pengantin agar segalanya mengikut tema yang tepat bermula dari hantaran, baju pengantin dan sebagainya.