Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikan luaran dan mengabaikan kecantikan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalaman adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikan luaran turut terserlah.

Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakan jatuh, ini bukan masalah ringan kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.

Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Kadangkala akan rasa tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.

Ads

Ada Sebab Kenapa Orang Perempuan Tak Boleh Angkat Benda Berat-Berat

Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah berada di peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan anda, sila buat pemeriksaan segera.

Ads

Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj. Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.

Ads

Tiga Peringkat Masalah Rahim Jatuh:

  1. Peringkat Pertama – Rahim turun sedikit sahaja
  2. Peringkat Kedua – Rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
  3. Peringkat Ketiga – Rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini, ia boleh menggangu proses pembuangan air.

Ada Sebab Kenapa Orang Perempuan Tak Boleh Angkat Benda Berat-Berat

Tip Untuk Menjaga Peranakan

  1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
  2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini akan menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
  3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
  4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
  5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
  6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
  7. Amal makan jamu sejak anak dara.

Jaga peranakan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI