Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikan luaran dan mengabaikan kecantikan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalaman adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakan jatuh, ini bukan masalah ringan kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
Jangan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Kadangkala akan rasa tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah berada di peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj. Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Jaga peranakan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakan.